Wednesday, April 9, 2008

Kempen Membersihkan Bilik Darjah

Sekolah Rendah Qiaonan telah mengadakan Hari membersihkan kelas. Setiap guru dan murid-murid dikehendaki membersihkan kelas masing-masing. Cikgu Suria dan kelas 6-5 akan memulakannya dahulu. Cikgu Suria telah menyuruh anak-anak muuridnya membawa bakul,sapu dan macam-macam lagi. Mereka telah dibahagi-bahagikan kerja. Yusoff,ketua darjah, telah disuruh untuk memastikan rakan-rakannya tidak bermain di tandas atuau semasa mereka membersihkan kelas.

Cikgu Suria telah menyuruh Yusoff menjaga Rahmat dan Kassim dengan teliti. Mereka sangat nakal dan sangat dikenali di seluruh sekolah. Jika Yusoff ditangkap membela Rahmat dan Kassim, Yusoff akan dimarahi dan tugasnya sebagai ketua darjah akan ditamatkan pada masa itu.

Inilah masanya untuk 6-5 membersihkan kelas mereka. Murid-murid perempuan dikehendaki menyapu lantai. Murid-murid lelaki pula dikehendaki megambil air. Yusoff akan membersihkan meja-meja di dalam kelas. Rahmat dan Kassim secara sukarela pergi mengambil air. Dengan senyap,mereka pun memasuki tandas. Di sebalik wajah mereka menunjukkan kenakala. Apabila Yusoff melihat murid-murid lelaki pulang,dia terperanjat kerana mereka tidak membawa baldi yang penuh dengan air,melah mereka tidak pulang dengan apa-apa. Yusoff mengira murid-murid lelaki dan mendapat dua murid telah hilang iaitu Rahmat dan Kassim. Dia pun terus menuju ke tandas dan ternampak mereka bermain di tandas. Yusoff berfikir panjang dan terus mencari gurunya. Harapannya ialah dia dapat memberitahu gurunya sebelum mereka melarikan diri.

Semasa Yusoff mencari Cikgu Suria, dia ternampaknya dan terus menuju ke tempatnya. Dia pun memberitahu apa yang telah terjadi dan siapa yang terlibat. Cikgu Suria pun ke tandas tandas dan menyuruh Yusoff memanggil Rahmat dan Kassim. Malangnya, mereka tidak mendengar kata-kata Yusoff dan terus sambung bermain. Cikgu Suria pun datang dan memnaggil mereka bertiga ke luar. Cikgu Suria memarahi Rahmat dan Kassim dan juga menegur Yusoff kerana tidak menjaga mereka dengan teliti. Rahmat dan Kassim akan dibawa berjumpa dengan pengetua keesokan harinya tentang denda mereka. Tiba-tiba, sedang Cikgu Suria memarahi mereka Rahmat memusing kepalanya dan merenung Yusoff. Mereka semua pulang ke kelas bersama Cikgu Suria untuk menghabiskan tugas mereka.

Dengan diam-diam, Yusoff mengambil baldi yang penuh dengan air kotor dan terus menyimbahnya ke arah Yusoff. Yusoff berasa jijik dan bajunya tersebut dan terus membawa Rahmat ke pejabat pengetua dan menyuruh salah-satu daripada anak muridnya untuk membantu Yusoff menukar pakaian seragamnya. Rahmat didenda untuk mencuci semua tandas di sekolah sendirian. Cikgu Suria mencalonkan Yusoff sebagai pengawas untuk sepanjang tahun.

Tuesday, April 8, 2008

Kempen membersihkan kelas

Hatiku tidak sabar menanti hari esok. Jam di dinding bilikku menunjukkan jam sembilan malam. Aku menyelimuti diriku menggunakan selimut dan melelapkan mataku. Cahaya matahari menjunam masuk tingkap bilikku. Aku berasa senang hati melihat burung-burung berkicauan di dahan-dahan pokok. Aku bersiap untuk ke sekolah untuk membuat kerja kebajikan bersama rakan-rakanku.

Jejak sahaja kaki aku ke dalam kantin sekolah, guru menyuruh aku dan rakan-rakanku brekumpul. Aku dan rakan-rakanku diterangkan tentang kerja-kerja yang akn kami lakukan. Selepas aku dan rakan-rakanku bersurai, setiap satu daripada kami menuju ke destinasi masing-masing. Aku ternampak dua rakanku yang berkelakuan mencurigakan.

Aku mengambil keputusan untuk mengikut kedua rakanku iktu. Firasat aku mengatakan bahawa mereka akan melakukan sesuatu. Aku berjalan dengan senyap supaya rakan-rakanku tidak akan tahu yang aku sedang mengikuti mereka. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapat tahu bahawa dugaan aku benar. Kedua-dua rakanku sedang bermain di dalam tandas. Mereka sedang memancutkan air ke arah satu sama lain. Tandas itu sungguh basah dan kotor sekali. Sebagai ketua kelas aku harus melaporkan kesalahan rakan-rakanku kepada guru kerana itu adalah tanggungjawab aku sebagai ketua kelas. Aku bergegas lari ke arah guruku dengan wajahku yang cemas kerana rakan-rakanku tidak sahaja membahayakan keselamatan mereka tetapi juga membasir air.

Ekspressi wajah guruku bertukar daripada gembira ke cemas. Guruku terkejut apabila aku memberitahu dia apa yang telahku lihat tadi. Guruku mengambil tindakan dengan pantas. Dia menarik tanganku dan berlari menuju ke arah tandas. Sebaik sahaja guruku membuka pintu tandas itu, dia tercegat seketika di hadapan pintu tandas itu. Rakan-rakanku tidak sedar akan kehadiran guruku. Guruku menjerit menyuruh mereka berhenti. Kedua rakanku disuruh keluar dari tandas itu kerana guruku ingin bercakap dengan mereka. Terlihat dari wajah guruku ynag dia sungguh marah. Semasa rakan-rakanku didenda, salah seorang daripada mereka berasa geram denagn aku. Aku berasa takut. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk meminta maaf kepada kedua-dua rakanku itu. Mereka juga meminta maaf kepada aku dan mengucapkan terima kasih kepada aku kerana sudah menyedarkan mereka akan bahaya yang mereka hadapi.

Kempen Membersihkan Kelas

Suatu kejadian yang buruk telah terjadi di sekolah pada hari Jumaat yang lalu. Hari itu, guru telah mencadangkan untuk membersihkan kelas dan murid-murid disuruh membawa penyapu dan baldi. Mereka pun menjalankan tugas masing-masing. Salah seorang daripada murid di kelas, bernama Haikal, mengajak kawan karibnya, Khairil untuk bermain air di tandas sekolah. Khairil pun mengikutinya.

Mereka tidak berhenti-henti bermain dan memancutkan air di seluruh tandas. Malangnya, sedang mereka bermain air,ketua kelas, Salim, ternampak kejadian tersebut. Dia berasa terperanjat dan kecewa apabila ternampak mereka bermain air. Salim pun berlalu pergi dan memberitahu gurunya apa yang telah terjadi.

Gurunya itu pun memanggil mereka lalu memarahi kerana perbuatan mereka itu kurang baik. Khairil menangis teresak-esak dan berasa kesal atas kesilapannya. Haikal pula berasa geram dan kelihatan sangat marah dengan Salim. Keesokan harinya, sedang Salim makan di kantin, Haikal berdiri di sebelahnya. Haikal masih berasa geram tentang kejadian yang berlaku hari itu. Haikal mengangkat tangannya dan hendak berlawan dengan Salim. Salim bernasib baik kerana ketika itu, guru ternampak kejadian tersebut. Sejak hari itu, Haikal tidak berani untuk membalas dendam dengan Salim. Salim juga telah pelajari yang membalas dendam bukan penyeselaian bagi apa-apa masalah.

Kempen Membersihkan Kelas

Tujahan cahaya matahari pagi menampar di dada bilik darjah itu. Ali, seorang pengawas, dan rakan-rakannya tidak sabar untuk membersihkan kelas mereka. Guru mereka menerangkan kepada mereka apa yang harus dilakukan. Dua orang budak lelaki ditugaskan untuk mengambil air. Mereka pun membawa baldi menuju ke tandas.

Sesampai di depan pintu tandas, dua orang budak lelaki itu pun bercadang untuk bermain air di dalam tandas itu. Dinding dan lantai tandas itu basah. Mereka basah-kuyup. Ali meminta izin guru ke tandas. Ali ternampak dua orang budak lelaki sedang bermain di tandas apabila Ali membuka pintu. Mereka tidak sedar kehadiran Ali. Ali dengan cepat berlari ke kelas untuk memberitahu guru. Mereka dengan cepat berjalan menuju tandas. Guru itu pun membuka pintu tandas dan memanggil dua orang budak itu.

Dua orang budak lelaki itu terkejut apabila guru memanggil nama mereka. Mereka dimarahi oleh guru. Salah seorang daripada budak lelaki itu berasa geram dan ingin membalas dendam kepada Ali. Apabila Ali hendak pulang ke kelas, budak itu menolak Ali. Ali terjatuh dan lututnya luka. Budak itu memberitahu Ali, dia akan mendapat balasan lebih teruk daripada ini. Ali tidak peduli dengan kata-katanya, Dia memberitahu guru tentang hal itu. Budak itu didenda berdiri di belakang kelas sepanjang hari. Namun, budak itu masih tidak puas hati. Dia tetap akan membalas dendam.

Kempen membersihkan kelas

Aku tidak sabar menantikan aktivity yang akan dilangsungkan hare berikutnya. Kami akan membersihkan bilik darjah kami. Bilik darjah kami sungguh kotor dan almari-almari di belakang kelas berhabuk. Bagaimanakah kami boleh belajar di dalam sebuah kelas yang kotor seperti itu? Apabila aku tiba di kelas pada hari keesokan harinya, guru kami menyuruh Helmi dan Haikal mengisikan air di dalam baldi. Farah, Diana, Ahmad dan Ashraf pula disuruh untuk sapu lantai. Yang lain hanya membersihkan almari yang terletak di belakang kelas. Kami pun mula dengan tugasan kami.

Helmi dan Haikal mengambil kedua-dua baldi daripada guru dan terus menuju ke tandas. Muka mereka kelihatan gembira. Aku tahu pasti ada udang di sebalik batu. Sudah lima belas minit Helmi dan Haikal ke tandas tetapi mereka belum pulang ke kelas lagi. Aku tahu ada sesuatu yang tidak kena. Aku meminta izin guru untuk ke tandas. Dari jauh, aku boleh dengar pancutan air. Apabila aku memasuki tandas, aku terlihat Helmi dan Haikal sedang bermain air. Aku terus keluar menuju ke kelas untuk memberitahu guru.

Aku membawa guru ke tandas. Guru memanggil nama Haikal dan juga Helmi. Tiba-tiba, tidak ada sebarang bunyi dari tandas pun yang kedengaran. Guru itu memanggil nama mereka sekali lagi. Helmi dan Haikal keluar dari tandas. Mereka basah kuyup. Mereka dimarahi oleh guru. Helmi berasa geram kerana aku memberitahu guru tentang mereka. Sebagai denda, mereka harus membersihkan tandas. Biarlah ini menjuadi satu pengajaran bagi mereka.

Kempen Membersihkan Kelas

Loceng berbunyi, menandakan bahawa kelas bahasa Melayu sudah tamat. Murid-murid dari kelas 5-1 berjalan pulang ke kelas. Guru kelas mereka, Cikgu Lydia, menyuruh mereka menyiapkan barang-barang yang diperlukan untuk membersihkan kelas mereka yang amat kotor. Cikgu Lydia memilih Nizam dan Khiddir untuk mengisi baldi-baldi dengan air. Mereka bersetuju lalu ke tandas. Bermacam-macam benda yang bermain di fikiran mereka.

Ketika mereka di dalam bilik tandas, mereka ternampak paip. Nizam terus mengambilnya dan memancut air ke arah sahabatnya Khiddir. Khiddir pula mengambil paip lain dan melakukan yang sama. Mereka menjadi basah kuyup tetapi mereka tidak peduli. Semasa mereka sibuk bermain, mereka tidak perasan bahawa ketua murid kelas mereka, Adrian, ternampak perbuatan mereka. Adrian terus berlari ke Cikgu Lydia untuk memberitahu apa dia ternampak. Cikgu Lydia lalu ke arah bilik tandas secepat mungkin.

Cikgu Lydia berjalan dengan pantas, diikuti oleh Adrian yang harus berlari untuk mengejar Cikgu Lydia. Cikgu Lydia berasa sangat marah terhadap Nizam dan Khiddir. Apabila dia membuka pintu bilik tandas itu, dia terkejut melihat kedua-dua murid it basah kuyup. "Nizam! Khiddir! Sini kamu berdua!" Cikgu Lydia memekik sangat kuat hingga Nizam dan Khiddir terlompat kerana terkejut. Cikgu Lydia memarahi mereka dan berkata bahawa dia akan memberitahu ibu bapa mereka dan juga pengetua sekolah tentang kejadian tersebut. Nizam perasan bahawa Adrian telah memberitahu Cikgu Lydia. Dia berasa sangat geram terhadapnya. Sementara Cikgu Lydia turun untuk memanggil pengetua mereka, Adrian meminta maaf dan menerangkan bahawa dia harus melakukan tugasnya sebagai ketua kelas. Oleh kerana dia sangat baik, Nizam memaafkannya dan mereka menjadi rapat.

kempen membersihkan kelas

Cahaya matahri membuat pagi itu kelihatan cerah. Kelas Yusof sedang mengadakan kempen 'mari membersih.' Rakan-rakannya telah membawa baldi. Alif dan Aziz membawa baldi mereka ke tandas untuk mengambil air.Merka budak yang ternakal di kelas.Guru mereka, Cikgu Era , telah mengadu dengan ibubapa meka tentang perangai Alif dan Aziz tetapi mereka tetap berkeras kepala.

Alif dan Aziz masuk ke tandas. Mereka mula bermain air di tandas. Baju merka basah kuyup . Ketua kelas, Muthu , ternampak akan kejadian itu. Dia ternampak suasana di tandas itu basah baldi bersepahan dan baju Alif dan Aziz basah kuyup seperti baru sahaja mandi.

Muthu berlari mencari Cikgu Era yang terdengar bunyi bising di dalam tandas. Dia terperanjat melihat Muthu lari. Muthu memberitahu Cikgu Era apa yang dia nampak. CikguEra terus bergegas ke tandas lelaki.

Cikgu Era ternampak mereka asyik bermain hingga mereka tidak lihat Cikgu Era berada di situ. Cikgu Era memekik nama mereka dan Alif dan Aziz terkejut. Mereka dimarahi kerana sikap mereka. Aziz melihat ke arah Muthu dengan muka dan perasaan yang marah.

'Dring!!' Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Aziz berjumpa dengan Muthu dan memarahinya. Walaubagaimanapun, Muthu tidak marah kerana dia tahu yang dia telah membuat perkara yang betul.

kempen membersihkan kelas

Cahaya matahri membuat pagi itu kelihatan cerah. Kelas Yusof sedang mengadakan kempen 'mari membersih.' Rakan-rakannya telah membawa baldi. Alif dan Aziz membawa baldi mereka ke tandas untuk mengambil air.Merka budak yang ternakal di kelas.Guru mereka, Cikgu Era , telah mengadu dengan ibubapa meka tentang perangai Alif dan Aziz tetapi mereka tetap berkeras kepala.

Alif dan Aziz masuk ke tandas. Mereka mula bermain air di tandas. Baju merka basah kuyup . Ketua kelas, Muthu , ternampak akan kejadian itu. Dia ternampak suasana di tandas itu basah baldi bersepahan dan baju Alif dan Aziz basah kuyup seperti baru sahaja mandi.

Muthu berlari mencari Cikgu Era yang terdengar bunyi bising di dalam tandas. Dia terperanjat melihat Muthu lari. Muthu memberitahu Cikgu Era apa yang dia nampak. CikguEra terus bergegas ke tandas lelaki.

Cikgu Era ternampak mereka asyik bermain hingga mereka tidak lihat Cikgu Era berada di situ. Cikgu Era memekik nama mereka dan Alif dan Aziz terkejut. Mereka dimarahi kerana sikap mereka. Aziz melihat ke arah Muthu dengan muka dan perasaan yang marah.

'Dring!!' Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Aziz berjumpa dengan Muthu dan memarahinya. Walaubagaimanapun, Muthu tidak marah kerana dia tahu yang dia telah membuat perkara yang betul.

Kempen Membersihkan kelas

Cuaca pada hari itu kelihatan gelap.Fiq dan Khai tidak sabar untuk pergi ke sekolah.Mereka tidak sabar ke sekolah kerana guru mereka telah mengatakan bahawa semua murid dalam kelasnya itu harus membersihkan kelas mereka. Guru menyuruh mereka membaldi baldi kecil, kain buruk dan penyapu. Guru mereka menyuruh Fiq dan Khai membawa baldi sahaja.
Semasa mereka tiba di sana, mereka menyiapkan barang-barang yang diperlukan. Beberapa minit lagi mereka sudah pun menyiapkan babarang-barang. Guru mereka memberi arahan kepada murid-murid unyuk memulakan tugas mereka.
Guru menyuruh Fiq dan Khai untuk mengisikan air ke dalam baldi itu Guru berpesan agar janagn bermain air. Mereka berdua dengan cepat pergi ke tandas di sekolah mereka untuk mengisikan air dalam baldi. Setelah mereka masuk ke tandas itu, mereka mengisi air. Baldi Fiq terjatuh dan baju mereka basah. Khai mengirus air ke Fiq dan mereka mula bermain dengan air.Semasa mereka sedang bermain dengan air itu , Hadi ternampak perbuatan mereka dan memberi tahu guru.
Guuru dengan cepat pergi ke tandas. Dia ternampak Fiq dan Khai sedang bermain di dalam tandas. Baju mereka basah. Fiq dan Khai dimarahi oleh gurunya. Guru mereka tidak izinkan mereka untuk mengemas kelas.Guru mereka memberitahu ibu bapa Fiq dan Khai. Khai sungguh marah dengan Hadi kerana memberitahu guru dan dia tidak boleh mengemas kelas. Mereka berdua bergaduh. Guru ternampak mereka bergaduh. Guru memarahi mereka. Khai meminta maaaf daripada Hadi dan Khai mengatakan bahawa dia tidak akan membuat perkara ini lagi.

Kempen membersihkan kelas

Sinaran matahari terpancar di jendela. Murid-murid darjah lima dikehendaki membersihkan bilik darjah mereka. Murid-murid itu harus membawa baldi kecil dan kain buruk untuk digunakan untuk mengelap meje, tingkap dan sebagainya. Cikgu Rilla dan murid-muridnya tidak sabar untuk mula membersihkan bilik darjah mereka kerana mereka dapat merasakan persekitaran bilik darjah mereka kotor.

Cikgu Rilla meletakkan mereka di dalam kumpulan. Ada di antara kumpulan itu harus menyapu bilik darjah dan lain-lain lagi. Cikgu Rilla menyuruh asyraf dan erfan mengisi air di dalam baldi yang diberi. asyraf dn erfan ialah murid yang paling nakal di sekolah itu. Anda tahu apa yang mereka buat di tandas? Mereka bermain-main dengan air. Mereka membuat tandas itu sangat kotor.

Cikgu Rilla menyuruh Zi Yuan melihat apa mereka buat di tandas. "Mereka mengambil masa yang sangat lama untuk mengambil air," kata Cikgu Rilla kepada dirinya. Selepas itu, Zi Yuan pun pergi ke tandas untuk melihat apa yang mereka buat. Dia pun masuk ke tandas itu dan ternampak mereka sedang bermain air. Zi Yuan pun lari lintang-pukang ke arah Cikgu Rilla. Dia pun memberitahu Cikgu Rilla apa mereka sedang lakukan. Cikgu Rilla terus pergi ke tandas itu dan memarahi Asyraf dan Erfan. Cikgu Rilla pergu ke tandas dengan ketua klass(Zi Yuan). Cikgu Rilla ber5asa sangat berang. Dia membawa Asyraf dan Erfan berjumpa dengan ketua sekolah. Selepas berbincang, ketua sekolah hendah merotan mereka. Dua sebatan untuk Asyraf dan untuk Erfan.

kempen membersihkan bilik darjah

Cuaca pada hari itu sangat panas. Di sebuah sekolah, murid-murid disuruh membersihkan sekolah mereka. Ramai daripada mereka yang kelihatan sungguh gembira. Ketua kelas, Ramli, akan memastikan semua murid membuat tugas mereka. Apabila guru mereka memberikan mereka tugas, Mereka sungguh gembira. Guru mereka membunyikan loceng dan mereka mula bertugas.

Sedang mereka bertugas, dua orang murid lelaki masuk ke dalam tandas. Wajah mereka kelihatan nakal. Mereka terus memasuki tandas. Murid-murid yang lain membuat tugas mereka dengan wajah yang ceria. Ramli sedang membersikan sebuah almari. Tiba-tiba, dia terasa hendak pergi ke tandas dan dia berlari terus ke tandas yang terdekat.

Apabila Ramli sampai di tandas, kasutnya basah kerana terpijak air, Ramli hairan mengapa tandas itu lecak. Ramli menjenguk ke dalam tandas itu. Dia ternampak kawan-kawannya bermain dan memancut air dan mereka basah kuyup.

Ramli terus berjumpa gurunya dan gurunya menyoal Ramli kenapa dia tercungap-cungap. Ramli jelaskan apa yang terjadi di tandas lelaki kepada gurunya.

Gurunya terus berlari ke tandas lelaki. Apabila gurunya sampai di tandas tersebut, dia memasuki tandas itu. Kedua-dua murid itu pun terperanjat. Gurunya memarahi murid-murid itu. Seorang daripada murid itu marah kerana ramli memberitahu gurunya.

Selepas itu, murid-murid itu berlari menuju ke arah ramli. Mereka memarahinya dan ramli kelihatan takut. Nasib mereka tidak begitu baik kerana pengatua berada di situ dan dia mendenda mereka. Selepas itu, mereka tidak akan menggangu ramli sekali lagi.

Kempen Membersihkan Bilik Darjah

Haddie sedang sibuk menyediakan barang-barang yang harus dibawa ke sekolah
esok.Sinaran matahari hampir kelihatan.Haddie tiba di sekolah tepat pada masanya.Haddie ialah
seorang anak yang soleh dan pendiam.Dia juga ketua darjah.Haddie selalu diganggu oleh dua
budak nakal bernama, Ayie dan Ajie.Kedua-duanya amat nakal.Pada hari itu mereka bersama-
sama membersihkan kelas.

Mereka sekelas berkumpul di luar kelas.Guru mereka telah membahagikan tugas masing-masing.Ayie dan Ajie telah ditugaskan untuk mengambil air.Ajie bercadang untuk bermain di tandas.Mereka telah memancut air sehingga seluruh tandas itu dipenuhi air.Guru mereka bimbang dan hairan kenapa mereka mengambil masa yang lama untuk menagambil air.Haddie sebagai ketua darjah telah disuruh untuk memeriksa apa yang berlaku.


Haddie telah menjalankan tugasnya.Tiba-tiba dia terdengar suara Ajie sedang
ketawa.Dia semakin hairan dan ingin tahu apa yang terjadi.Dia perlahan-lahan membuka
pintu.Dia terkejut apabila melihat Ayie dan Ajie sedang bermain di tandas.Haddie memberitahu
guru.Mereka dipanggil guru dan dimarahi.Ayie dan Ajie telah didenda untuk membersihkan
semua tandas yang teredapat di sekolah mereka.Ayie masih berang dengan Haddie.Ayie dan
rakan-rakannya ingin membalas balik,tetapi sebelum mereka sempat,guru mereka telah
menangkap mereka dan mereka semua didenda.Ayie diberi denda yang lebih berat.

Kempen membersihkan kelas

Sinaran matahari memancar di tingkap kelas Ali dan Ahmad. Meraka akan membersihkan kelas mereka pada hari itu. Guru mereka akan memberitahu tugasan mereka untuk hari itu. Ali dan Ahmad disuruh mengambil air dari tandas sekolah. Ali dan Ahmad membawa baldi mereka dan pergi menuju ke arah tandas.

Tiba sahaja di tandas, Ahmad dan Ali bergegas ke paip dan segera mengisikan baldi itu dengan air. Apabila kedua-dua baldi mereka sudah poun penuh dengan air, Ahmad tergelincir dan jatuh ketika membawa baldi yang trerlalu berat itu. Ali tertawa melihay ahmad terjatuh. Air tumpah dari baldi tersebut. Selepad kejadian itu, Ali dan Ahmad bercadang untuk bermain memancut-mancut air bersama-sama. Tandas itu penuh dengan air. Seorang pengawas sekolah ternampak perbuatan mereka itu. Pengawas itu terperanjat lalu memberitahu gurunya.

Gurunya terkejut apabila mendengar kejadian itu daripada pengawas. Guru itu dengan segera ke tandas itu. Sedang mereka bermain, guru masuk ke tandas itu. Mereka berdua berasa terperanjat dan takut. Guru memarahi Ahmad dan Ali. Ahmad berasa salah tetapi Ali berdendam terhadap pengawas itu. Keesokan harinya, pengawas tersebut sedang mencuci tangannya di tandas itu. Ali masuk ke tandas tersebut dan lalu memukulnya di dalam tandas itu. Ahmad ternampak kejadian itu dan menenangkan hati Ali yang sedang marah itu. Ali mula berasa salah dan mereka menjadi kawan yang sangat akrab...

Kempen Membersihkan Bilik Darjah

Murid-murid darjah tiga diberitahu oleh guru untuk membawa baldi dan penyapu ke sekolah pada hari itu.Mereka harus membersihkan kelas.Ada yang membawa baldi sahaja.Murid-murid itu meminta izin hendak pergi ke tandas.Dua murid lelaki pergi ke tandas untuk mengambil air.Selepas itu,mereka bercadang untuk bermain air di tandas.

Dua orang murid tersebut mula bermain air dan memancutkan air di seluruh tandas itu.Pakaian mereka basah kuyup.Sedang mereka berdua bermain air,seorang pengawas darjah mereka ternampak perbuatan mereka.Pengawas itu dengan cepat memberitahu gurunya.Guru itu terkejut dan pergi mencari kedua-dua murid itu.

Apabila guru mereka ternampak kedua-dua murid itu,dia menjerit nama kedua-dua murid itu.Mereka berdua keluar dari tandas dengan pakaian yang basah.Kedua-dua murid itu dimarahi oleh guru tersebut dan mereka didenda.Raut muka guru itu kelihatan marah dan kecewa terhadap murid-murid itu.Seorang daripada mereka berasa geram dengan pengawas itu.Pengawas itu buat bodoh sahaja dan meninggalkan tempat tersebut.Kedua-dua budak lelaki itu disuruh membersih dan mengelap tandas yang basah dan licin itu.

Kempen Membersihkan Bilik Darjah

Dua minggu lepas, murid-murid di kelas A2 disuruh membersihkan kelas mereka. Guru kelas A2 telah memberitahu murid-muridnya untuk membawa baldi ke sekolah. Murid-murid kelas A2 tidak sabar untuk membersihkan kelas. Mereka suka menolong guru-guru membersihkan sekolah.

Dua budak lelaki yang bernama Adil dan Ahmad bercadang untuk bermain di tandas. Mereka adalah murid-murid yang paling nakal di kelas mereka. Mereka bergegas ke tandas supaya tiada guru akan melihat mereka. Adil dan Ahmad mancampak baldi mereka ke lantai. Mereka memancut-mancut air hingga seluruh tandas itu basah. Ketua kelas A2 ternampak Adil dan Ahmad bermain air di tandas dan terus memberitahu gurunya.

Guru kelas A2 bergegas ke tandas dengan muka yang marah. Setelah mendengar suara guru mereka, Adil dan Ahmad terus berlari ke arah pintu. Guru mereka sedang menunggu mereka di hadapan tandas. Adil dan Ahmad pun dimarahi guru mereka. Ahamd berasa bersalah di atas kelakuannya, tetapi Adil berasa marah terhadap ketua kelasnya,Ali. Ali berasa sunguh takut apabila melihat muka Adil. Adil dan Ahmad juga didenda kerana telah mengotorkan tandas sekolah. Mereka disuruh bersihkan semua tandas di sekolah mereka.

Kempen Membersihkan Bilik Darjah .

Hari ini,hari yang aku nanti-nantikan iaitu Kempen Mencuci Bilik Darjah.Kami semua mengambil penyapu,kain,baldi dan lain-lain lagi.Aku memberi tugas kepada dua rakan aku.Mereka harus mengambil air di tandas.Mereka mengangkat baldi itu lalu berjalan menuju ke arah tandas.Aku tergesa-gesa melihat mereka berjalan.Aku tidak percaya mereka.
Aku terdengar air mengalir.Aku berasa hairan.Kenapa air itu boleh mengalir?Tiba-tiba,aku terdengar dua suara berteriakan dengan riang.Aku berjengket kerana takut aku akan jatuh.Aku menolak pintu berwarna biru itu dengan perlahan.Terkejut aku apabila terlihat dua rakan aku sedang bermain air.Mereka memancut air di muka satu sama lain.Baju mereka basah kuyup.Aku melarikan diri.Aku memanggil guruku.Dia menoleh ke arahku.Aku memberitahu apa yang aku nampak.Dengan sekelip mta,muka guruku menjadi marah.
Guru aku menyuruhku untuk membawa kedua-dua rakanku keluar.Aku mengikut perintahnya kerana takut dimarah olehnya.Aku memanggil mereka dan mereka berhenti mamancut air.Mereka menolak aku ke tepi untuk keluar.Aku masuk ke tandas itu untuk menutup air yang mengalir.Tiba di tempat guruku,aku berdiri di situ dan mendiamkan diri sementara mereka dua dimarahi.
Salah satu daripada rakanku menoleh ke arahku dengan perasaan geram.Aku berasa takut sekali.Selepas itu,mereka berjalan ke arahku dan minta maaf.Aku rasa bangga sekali yang mereka nampak kesilapan mereka.

Kempen Membersihkan Kelas

Cuaca pada hari Jumaat yang lalu amat cerah. Kelas Azmi telah bercadang untuk membersihkan kelas mereka kerana cuti sekolah akan datang. Mereka dikehendaki membawa baldi dan tuala yang kecil.Guru mereka, Cikgu Nora,telah memberitahu kelas supaya jangan membazir air dan bermain di dalam tandas. Kelas Azmi pun mula membersihkan kelas. Cikgu Nora memberitahu Johan dan Rafi, dua budak lelaki yang sangat nakal, untuk mengambil air di tandas. Kedua-dua budak lelaki itu pun berjalan ke tandas.

Semasa Johan dan Rafi di tandas, mereka bermain dengan air. Mereka tidak tahu semasa bermain, Azmi ternampak mereka. Azmi pun berasa takut untuk memberitahu Cikgu Nora dan kalau dia memberitahunya, Johan pasti akan berasa amat geram terhadapnya. Azmi tidak ada pilihan dan dia pun berlari ke kelas dengan cepat.

Cikgu Nora sungguh marah apabila diberitahu yang Johan dan Rafi sedang bermain di tandas. Dia begegas ke tandas dan memarahi Johan dan Rafi. Rafi kelihatan sedih tetapi Johan berasa sangat geram. Azmi pun berdiri dengan senyap kerana amat takut. Akan Johan bergaduh dengannya? Apabila kelas Azmi habis membersihkan kelas, Johan dan Rafi mendekati Azmi.

Azmi hendak berlari tetapi mereka tidak izinkannya. Mereka telah mengucapkan terima kasih kepada Azmi. Johan memberitahunya yang mereka telah dimarahi oleh pengetua sekolah selepas kejadian itu dan sekarang kedua-dua budak lelaki itu telah belajar untuk menjadi budak lelaki yang baik. Merekapun meminta maaf kepada Azmi dan gurunya.

Saturday, March 29, 2008

Mempunyai Rakan Itu Penting

Saya rasa bahawa mempunyai kawan itu penting kerana kalau kita tiada kawan, kita tiada sesiapa untuk memgongsi masalah kami. Saya tahu bahawa kami boleh mengongsi masalah kami dengan ibubapa, tetapi kadang-kadang, mereka tidak memahami keadaan kami.Itu yang membuat saya marah! >:(

Saya lebih suka mengongsi masalah saya dengan kawan baik saya. Cikgu Hanim kata kami harus tahu antara yang baik dan buruk. Ada di antara kawan kami yang akan mempengaruhi kami dalam kelakuan seperti menghisap dadah, merokok dan sebagainya. Kami tidak seharusnya melakukan perkara-perkara ini kerana ia boleh menyebabkan banyak masalah dalam hidup kami.:(

Kawan-kawan yang baik adalah kawan-kawan yang selalu menolong kami apabila ada apa masalah..:D

Friday, March 28, 2008

Luahan hati saya...

Hi rakan-rakan dan Cikgu Hanim...

Saya tak tahulah nak cakap apa...Biar saya fikirkan dahulu ya...Hmmmm..Hah! Saya sudah dapat idea...Bagaimana kalau saya cakap tentang pekara-pekara yang berlaku pada hari ini..

Hati saya rasa amat gembira sekali..Pertama-tama saya berasa gembira melihat rakan-rakan saya berbahas pada pagi tadi..Saat-saat yang paling saya gemari ialah, waktu saya ada kelas 'Special Music'..

Kelas ini akan selalu diadakan di makmal komputer..Tetapi malangnya hari ini kelas itu dibatalkan kerana ada kelas lain yang menggunakan makmal itu..Jadi saya dan rakan-rakan yang lain duduk di dalam kelas dan guru kelas saya iaitu, Mrs Lim, mengajak kami bermain sebuah permainan..

Sebalum kami memulakan permainan tersebut,Mrs Lim meme\berithau sebuah peristiwa yang nakal yang dilakukan oleh dia dan juga abangnya..Tetapi,sayangnya saya tidak boleh memberitahu kejadian tersebut kerana ini adalah satu rahsia antara Kecemerlangan 1 dan Mrs Lim..

Di dalam setiap kumpulan, kami harus memberitahu anggota kumpulan yang lain tentang satu peristiwa yang nakal yang pernah kami lakukan...Saya memberitahu rakan-rakan saya peristiwa yang nakal yang pernah saya lakukan...

Ia berlaku pada tahun lalu ..Masa itu adalah hari ulang tahun kakak saya.. Saya amat beruntung kerana dia telahpun membuat secawan air...Hahahaha...Saya mengambil sos cili,garam,gula,lada putih,cili padi dan bawang dan masukkan bahan-bahan itu ke dalam air itu...Tibanya masa untuk kakak saya minum air itu...Dia muntah kembali air yang telah di minumnya...Hahaha...Saya berasa salah dan meminta maaf...

Saya juga geli hati mendengar peristiwa rakan-rakan saya..Salah satu dari mereka yang saya rasa amat lucu ialah peristiwa Thanita..Dia berasa geram dengan mak ciknya dan...Tak apalah saya tukar fikiran...Saya akan memberitahu tentang peristiwa Nadia..Dia meletak sebiji telur diatas tempat duduk gurunya..Pecah telur itu apabila gurunya duduk...Hahaha...

Samapi disini ya...Saya rasa sungguh gembira....^_^

Mempunyai rakan itu penting..

Mempunyai rakan itu penting bagi saya tetapi mempunyai rakan itu ada baik dan buruknya..Ada rakan yang baik dan ada pula yang boleh mempengaruhi kami..Tetapi saya pasti kami semua sudah cukup dewasa untuk membezakan yang baik dan yang buruk..

Pada pendapat saya mempunyai rakan itu penting kerana kami boleh meluahkan masalah-masalah kami bersama mereka kerana kadang kala ibubapa dan adik-beradik kami tidak boleh memahami masalah-masalah yang kami hadapi..Kami juga boleh meluahkan isi hati kami kepada rakan kami.

Mempunyai rakan yang tidak boleh kami contohi juga adalah satu masalah..Kami boleh terpengaruhi oleh kelakuan mereka..Seperti,mengambil dadah,merompak,bergaduh dan lain-lain lagi...Memang pasti kami boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk tetapi, kami akan terasa terancam jikalau kami tidak melakukan apa yang disuruh..Pasti kami tidak akan melakukan kelakuan yang merosakan nama keluarga dan juga masa hadapan kami,tetapi kami akan terasa takut kehilangan rakan dan rasa kesendirian..

Saya tidak tahu sama ada hendak membangkang atau setuju dengan mauduk ini iaitu "Mempunyai rakan itu penting.." .. Nasihat saya kepada kalian yang sedang membaca sekarang,pilihlah rakan kamu dengan baik..Jangan pilih rakan yang boleh mempengaruhi kami..Malah sebaliknya...Pilihlah rakan yang boleh memberikan kami faedah..Untuk mendapatkan seorang rakan yang baik terhadap kami amat susah..Jadi kalau kamu sudah jumpa seseorang itu, jangan sia-siakan kehadirannya..

Sampai di sini sahaja...Jumpa lagi ya...

Mampunyai rakan itu penting

Saya rasa, untuk mempunyai rakan itu tidak begitu penting... Rakan-rakan boleh mempengaruhi kita dalam jalan yang salah! Tetapi terdapat beberapa pekara yang baik tentang mempunyai rakan-rakan...pertama, kalau kami mempunyai masalah...kami boleh pergi ke rakan-rakan kami dan berbual tentng masalah kami! Kedua...kalau kami tidak tahu sesuatu, kami boleh bertanya dengan rakan-rakan kami...dan ketiga....semasa kami sedih atau kecewa, mereka boleh menggembirakan kami. ^_^

Sekarang masanya untuk saya menyenaraikan pekara-pekara yang tidak baik apabila mempunyai rakan-rakan... pertama mereka boleh mempenguruhi kamu dalam jalan yang salah...seperti menyuruh kamu menghisap rokok, menghisap dadah dan lain-lain lagi...Ada rakan-rakan yang suka mengkhianati kami....mereka boleh menyampaikan rahsia-rahsia kami...ada yang berbual buruk tentang kami di belakang kami......Rakan-rakan akan hanya menambahkan masalah bagi kami....jikalau kamu tidak memilih rakan-rakan dengan betul! =.=

Jadi, pilihlah rakan-rakan kamu dengan teliti! Ia akan menentukan masa hadapan kami! :)

Mempunyai Rakan Itu Penting

Saya rasa mempunyai kawan itu penting..Mengapa??Penting,kerana jika kami semua tiada kawan,kami tentu berasa bosan.Jika kami ada masalah,kami boleh mengonsi masalah-masalah kami bersama mereka.Tetapi jika hendak membuat kawan,kami semua harus BERHATI-HATI...Kami tidak boleh terpengaruh dengan kelakuan mereka-seperti merokok,menghisap dadah,mencuri dan semua perkara-perkara buruk...Jika kami melakukan perkara-perkara itu,itu menandakan yang kami tidak mahu kehilangan kawan yang "sejati"itu..:)

Tidak semestinya yang kami tidak boleh berkawan bersama kawan-kawan yang boleh boleh menpengaruh kami,kami boleh tapi dengan hati-hati..

Pada umur sekarang,kami tentu hendak kawna kerana jika kami berkongsi masalah bersama ibubapa mereka tentu tidak akan memahami masalah kami..Jika kami memasuk peringkat remaja tentu kawan-kawan kami akan mennjadi lebih penting,dan kami akan menghadapi masalah seperti susah berkomunikasi bersama ibubapa..Kami tetap harus bercakap bersama keluarga-tidak semestinya masalah remaja kami...Kami juga tidak boleh mengabai masalah kami..

Itu sahajalah...

Mempunyai rakan itu penting.

Saya rasa mempunyai rakan itu penting kerana tanpa rakan, kami akan kesunyian. Jikalau kami ada masalah, kami boleh bercakap dengan rakan kami kerana ada daripada mereka yang lebih selesa bercakap dengan rakan mereka daripada ibubapa mereka.

Dalam masa yang sama, saya juga berasa bahawa rakan itu tidak penting untuk kita kerana mereka boleh mempengaruhi kami dengan mengajak kami menghisap dadah, merokok dan lain-lain lagi. Ada rakan yang hanya memerlukan kami apabila mereka susah tetapi apabila mereka senang, mereka tidak mempedulikan kami walaupun kami dalam keadaan susah. Ada juga rakan yang hanya berkawan untuk meminjam wang daripada kami.

Jikalau kami dalam keadaan yang susah, mereka akan segera menolong kami dan apabila mereka dalam keadaan susah, kami pula yang menolong mereka. Kami juga harus bijak memilih rakan. Kita harus memilih rakan yang akan sentiasa bersama kami di dunia dan akhirat. Sekian terima kasih.

Mempunyai rakan itu penting.

Salam sejahtera kawan-kawan dan Cikgu Hanim!

Mempunyai rakan itu penting.

Pada pendapat saya, adakala kawan itu penting dan adakalanya tidak. Kawan-kawan boleh mempengaruhi kami dan menghasud kita untuk menjadi jahat. Maksud saya 'jahat' adalah membuat perkara yang tidak baik seperti menghisap rokok, dadah dan lain-lain lagi.
Jikalau kita ada masalah kawan tidak akan tolong kami malah mereka akan menambahkan lagi masalah kami. Dan adakala mereka boleh menghiburkan kami jika kami sedih. Budak-budak zaman ini sekarang tidak dapat bezakan antara yang baik atau yang buruk. Jikalau mereka hendak buat jahat, mereka tidak memikarkan masa hadapan kita dan tidak memikirkan ibu bapa mereka. Dan kawan-kawan semua harus pilih kawan yang baik dan bukan yang jahat! Fikir dulu sebelum kamu membuat perkara yang tidak sihat atau pun yang jahat!


Sekian, Terima Kasih

mempunyai rakan itu penting

Assalamualaikum cikgu hanim dan rakan-rakan!!

Mempunyai rakan-rakan itu penting.

Pada pendapat saya, saya rasa mempunyai rakan-rakan itu penting dan kadang-kala tidak. Kawan-kawan boleh menghibur kan hati kami tetapi, jika kita selalu terhibur sampai suatu masa kawan-kawan maninggalkan kamu, kamu akan berasa bosan sekali hingga kamu boleh rasa stress. Masalah akan timbul dari sini. Jika kawan -kawan menyuruh berbuat sesuatu, kamu akan melakukanya. Kenapa? Kamu takut dikira pengecut dan kamu takut tidak ada kawan-kawan dan kesunyian. Itu juga salah kamu kalau kamu terjerumus kerana kamu tidak tahu membezakan antara baik dan buruk.Masa hadapan kamu di tangan kamu dan bukan di tangan rakan-rakan kamu.
Mempunyai rakan itu peting...Pada masa sekarang memang sukar untuk mencari teman yang setia dan yang boleh dipercayai...Bukan semua rakan itu boleh dipercayai,kerana mereka itu boleh mempengaruhi kita tabiat yang baik ataupun yang jahat...Contoh(JAHAT):Seperti ada rakan yang tidak perdulikan kami mereka akan menyuruh kami mengisap rokok dan mengambil dadah.Lihat sahaja anak-anak melayu kita semua,ramai sekali anak melayu kami yang mengandung dan ada juga yang terlibat dalam samseng...Itu yang jahat tetapi sesiapa sahaja yang mempunyai rakan yang sungguh baik itu sungguh beruntung,kerana terlalu ramai anak melayu yang hanyut...Hanya segelintir sahaja yang tinggal itu "BAIK"....


SEKIAN TERIMA KASIH....

Mempunyai rakan itu penting untuk kita

Selamat Sejahtera Cikgu Hanim,

Mempunyai rakan itu penting kerana rakan-rakan kita boleh membantu masalah kita.Kita mesti
pandai memilih rakan-rakan kerana kita akan mempengaruhi rakan-rakan yang mengambil dadah,mengajak kita menghisap rokok dan sebagainya.Adanya baik dan buruk tentang kawan.

Mempunyai rakan itu penting

Mempunyai rakan itu tidak terlalu penting kerana budak-budak zaman
sekarang tidak terlalu rapat dengan ibu bapa mereka, tetapi rapat dengan kawan-kawan.Budak-budak boleh mempengaruhi kawan mereka seperti boleh mengisap rokok, mengambil dadah, campur dengan kawan-kawan yang jahat dan manjadi seorang samseng. Kawan mereka mengajar mereka benda-benda yang tidak bagus. Ramai budak melayu kami yang mengandung dan ada juga yang terlibat dalam samseng dan juga ramai budak melayu yang hanyut.Dan kawan-kawan harus memilih kawan-kawan yang baik.

Mempunyai rakan itu penting

Pada pendapat saya, saya setuju kerana rakan kami boleh menemani kami apabila kami bermasalah. Walaupun ada yang baik dan ada yang buruknya tentang rakan kami, kami boleh pilih yang mana rakan yang baik. kadangkalah, mereka boleh memberitahu apa masalah mereka dan kami boleh menolong mereka seperti mereka menolong kami. kami juga boleh dipengarohi oleh mereka seperti merokok, mencuri dan pelbagai lagi...saya sungguh gembira kerana mempunyai rakan yang tidak akan menjadi samseng dan dia pun tidak membuat perbuatan yang haram...



Rakan itu penting .

Rakan itu memang penting .
Mereka boleh memperanguhi kami jikalau kami setuju untuk buat perkara yang dia menyuruh kami buat .
Kami sudah besar untuk tahu baik dan jahat .
Kadang-kala mereka boleh membocor rahsia tetapi kalau kami kesendirian ataupun ada masalah merekalah yang kita cari :)

Mempunyai kawan itu penting.

Saya setuju dengan pihak pencadang kerana kalau kita tidak mempunyai kawan, hidup kita akan menjadi sunyi. Mempunyai kawan itu sangat penting kerana mereka boleh menceriakan kita dan membuat fikiran dan hati kita tenang. Pada pendapat saya, topik yang diberikan itu juga menarik untuk bahas. Walaupun ada kawan yang jahat dan baik, kita perlukan kawan di dalam hidup kita. Kita juga harus berhati-hati apabila memilih kawan. Malah, kita harus memilih kawan yang baik daripada jahat kerana kawan ytang jahat boleh mempengaruhi kita dalam masalah-masalah yang tidak sihat. Seperti, Menghisap dadah, merokok, mencuri dan sebagainya. Mempunyai kawan sangat penting terhadap hidup kita.

Mempunyai kawan itu penting.

Saya setuju dengan pihak pencadang kerana kalau kita tidak mempunyai kawan, hidup kita akan menjadi sunyi. Mempunyai kawan itu sangat penting kerana mereka boleh menceriakan kita dan membuat fikiran dan hati kita tenang. Pada pendapat saya, topik yang diberikan itu juga menarik untuk bahas. Walaupun ada kawan yang jahat dan baik, kita perlukan kawan di dalam hidup kita. Kita juga harus berhati-hati apabila memilih kawan. Malah, kita harus memilih kawan yang baik daripada jahat kerana kawan ytang jahat boleh mempengaruhi kita dalam masalah-masalah yang tidak sihat. Seperti, Menghisap dadah, merokok, mencuri dan sebagainya. Mempunyai kawan sangat penting terhadap hidup kita.

Kepunyaan rakan itu penting

Pada pendapat saya, mempunyai rakan itu penting juga walaupun ada baik dan buruknya. Mempunyai rakan penting kerana tanpanya kita akan kesunyian. Rakan juga boleh menolong kita menyelesaikan dan memahami masalah-masalah yang kita hadapi. Kita juga boleh memberitahunya tentang rahsia kita.

Kita harus berhati-hati jika memilih kawan kerana kadang-kala mereka mempengaruhi kita untuk merokok, mengambil dadah, mencuri,bergaduh dan sebagainya. Tetapi kita harus tahu membezakan antara baik dan buruk jadi kita tidak mempengaruhi mereka.

Rakan yang baik adalah rakan di dunia dan akhirat. Sekian terima kasih.

Mempunyai Rakan Itu Penting

Mempunyai rakan itu penting untuk saya. Rakan boleh menolong kami apabila kami ada masalah. Rakan pun boleh menemankan kami apabila kami bosan. Kami mestilah mempunyai rakan yang baik dan yang tidak mempengaruhi kami dalam perbuatan yang haram seperti merokok, meghisap dadah, mencuri dan lain-lain lagi. Rakan kami boleh menasihati kami apabila kami dalam kesusahan. Kalau kami tidak ada rakan, kami akan kesendirian dan tidak ada sesiapa pun yang kami boleh memberitahu masalah selain ibu bapa dan guru. Saya sangat gembira kerana mempunyai rakan yang baik.

Mempunyai Rakan Itu Penting

Saya rasa mempunyai rakan itu penting juga. Tetapi, jika ada perbaikkannya, pasti ada buruknya. Mari saya memberitahu apa baiknya dan buruknya mempunyai rakan-rakan.

Baiknya mempunyai rakan adalah kamu boleh memberitahu mereka masalah-masalah yang kamu hadapi. Kadang-kala, kami memberitahu keluarga kami tetapi itu amat jarang kerana ada orang yang tidak mempunyai adik-beradik. Jika mereka memberitahu ibubapa, ada yang tidak memahami masalah-masalah anak-anaknya. Selain daripada itu, jika kami berasa sedih atau bosan, kami boleh menelefon atau bermain bersama-sama rakan-rakan kami.

Buruknya mempunyai rakan adalah kadang-kala mereka melibatkan kami ke dalam situasi yang buruk seperti merokok, mencuri, minum minuman arak dan lain-lain lagi. Selain itu, ada rakan yang tidak boleh dipercayai dan jika kami memberitahu mereka rahsia kami yang tidak boleh diberitahu oleh orang-orang lain, mereka akan mengkhianati kami dan manyampaikan rahsia-rahsia kami kepada orang lain. Ini boleh menambahkan stres kami dan kami akan berasa malu.

Ini sahajalah yang saya harus bicangkan. Sekian terima kasih.
Salam sejahtera semua!
Hari ini saya ingin kamu memberikan pendapat kamu mengenai tajuk ini.
Mempunyai rakan itu penting.
Fikirkan.

Sunday, February 10, 2008

Karangan Saya

Cuaca pada hari Jumaat yang lalu sungguh indah. Aku sedang bermain komputer apabila ibuku memanggilku. Aku pun terus ke dapur. Ibuku memberitahuku yang dia hendak aku ke kedai untuk beli ikan. Dengan segera, aku mengambil wang daripada ibu dan pergi ke kedai. Kedai tersebut agak dekat dengan rumahku. Aku pun sampai di kedai dalam masa lima minit. Semasa aku menghampiri tempat ikan itu, aku terbau ikan yang amat busuk.

Aku berjalan dengan pantas ke kedai itu apabila aku ternampak seorang budak perempuan menangis teresak-esak.Aku pun berjalan ke arahnya. Aku pun bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Dia pun memberitahuku yang dia sesat dan tidak tahu mana ibunya pergi. Aku berasa simpati terhadapnya dan aku ingin membantu. Kami berdua pun mencari ibu budak perempuan itu di seluruh pasar itu tetapi ibunya tidak dijumpai. Aku pun teringat ada sebuah pejabat polis kejiranan di hadapan pasar itu. Aku dengan cepat membawa perempuan itu ke sana.

Kami sampai di sana dengan cepat sekali. Aku memberitahu polis itu yang budak perempuan yang tersesat itu tidak boleh menjumpai ibunya. Polis bertanya kepada budak itu nombor telefon bimbit ibunya. Nasib baik budak itu ingat nombor telefon ibunya. Polis pun menelefon ibu perempuan itu. Dalam masa sepuluh minit, ibunya sudahpun sampai. Aku terlihat air mata ibunya mengalir di pipinya. Ibu budak perempuan itu pun mengucapkan terima kasih kepadaku.

Aku pun berasa bangga terhadap diriku tetapi aku teringat tentang ikan yang harusku beli. Aku terus berlari ke pasar untuk beli ikan itu dan pulang ke rumah. Apabila aku sampai, muka ibuku kelihatan marah tetapi aku pun memberitahunya peristiwa tadi. Aku meminta maaf kepada ibu dan dia memaafkanku.

Karangan Saya....

Sinaran matahari terpancar di kaca tingkap bilikku. Aku sedang khusyuk membaca bukuku apabila ibuku memanggilku. Aku dengan segera menuju ke arah dapur. Ibuku sedang menunggu aku di hadapan pintu pagar rumahku. Aku disuruhnya untuk ke pasar. Dengan senang hati, aku mengambil wang daripadanya dan keluar menuju ke destinasiku. Aku tiba di pasar dengan muka yang ceria untuk membeli barang-barangyang diperlukan oleh ibuku.

Aku berjalan keliling pasar itu dengan wajah yang ceria untuk mencari barang-barang yang diperlukan oleh ibuku. Semasa aku berjalan keliling pasar itu, aku terkihat berbagai barang yang dijual dan juga berbagai ekspresi di wajah-wajah pembeli dan juga penjual. Setibanya aku di hadapan gerai yang arus aku pergi, telingaku terdengar suara orang sedang menangis. Aku mengikuti suara tangisan itu dan langkaku terhenti seketika. Mataku terlihat seorang budak yang sedang menangis teresak-esak di hadapan sebuah gerai. Aku berasa simpati melihat dia seorang diri. Aku tidak sampai hati hendak membiarkan budak itu seorangan. Jadi, aku membawanya ke pejabat polis yang berdekatan dengan pasar itu.

Kedatangan aku dan budak itu disambut dengan ceria oleh pegawai polis yang sedang bertugas pada hari itu. Setelah melihat keadaan pejabat polis itu, barulah aku memberitahu segala maklumat yang aku tahu kepada pegawai polis yang peramah itu. Dia juga bertanya beberapa soalan kepada budak itu. Setelah selesai menyoal budak itu, dia masuk ke sebuah bilik dan menelefon nombor yang diberikan oleh budak itu. Beberapa minit kemudian, seorang wanita dalam usia 30-an datang dengan wajah berkerut-kerut. Wajahnya kelihatan bimbang dan juga sedih. Dia dengan segera memeluk anaknya. Dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada aku dan juga pegawai polis itu.

Karangan Saya

Jam di dinding menunjukkan jam sembilan pagi. Ashmi baru sahaja bangun daripada tidurnya. Ashmi terus menuju ke bilik mandi. Selepas dia mandi, dia terus hendak bermain bola bersama kawan-kawannya. Sedang dia menuju ke pintu rumah, ibunya memberinya sepuluh dolar. Dia disuruh ke kedai untuk membelu sarapan paginya. Ashmi pun mengambil duit dan melangkah rumah.

Ashmi pun tiba di sebuah pasar yang berdekatan rumahnya. Pada hari itu pula, ada ramai pembeli yang berjalan untuk ke destinasi mereka. Ada pula yang sedang bergaduh bersama penjual kerana ingin menawar harga. Keaadaan di pasar sunggu huru-hara. Apatah lagi, jika ada seseorang yang kehilangan duitnya. Ashmi pun tiba di sebuah kedai makanan apabila dia terdengar suara menangis teresak-esak. Rupa-rupanya, ada seorang budak perempuan. Budak perempuan itu sesat dan tidak tahu di manakah ibu bapanya. Namanya, Musfira. Ashmi pun berasa simpati dan ingin membawanya ke pejabat polis kejiranan.

Ashmi dan Musfira pun tiba ke sebuah pejabat polis lejiranan. Ashmi pun menuju ke kaunter. Dia menyuruh Musfira memberi informasi-informasi yang penting tentangnya. Ashmi pun membawa Musfira ke kaunter itu. Polis itu pun menyuruh Ashmi mengisi sebuah borang mengenai dirinya. Ashmi pun melaporkan apa telah terjadi.

Polis pun membuat panggilan kepada ibubapa Musfirah. Selepas 30 minit, ibu Musfira pun tiba dan mengucapkan terima kasih kepada Ashmi. Musfirah pun memberi Ashmi sebuah pelukan sebelum mereka berpisah. Polis itu menguucapkan terima kasih kerana telah membantu Musfirah. DIamemberi Ashmi lima dolar di atas bantuannya. Ashmi pun pulang dengan muka yang sangat ceria. Dia pun telah memveli makanan untuk dia dan ibunya.

Saturday, February 9, 2008

Karangan Saya

Cuaca hari itu sungguh cerah. Farid sedang menonton televisyen. Ibunya sedang memasak sarapan untuk Farid. Selepas selesai, ibunya memanggil Farid untuk makan. Selspas makan ibunya menyuruh Farid untuk membeli barang-barang untuk masak malam nanti. Farid pun terus mengambil duit daripada ibunya dan terus lari menuju ke pasar.

Apabila Farid tiba di pasar, wajah Farid sungguh cerah dan dia tidak sabar untuk membeli barang yang ibunya perlukan. Farid terus menuju ke kedai yang menjual sayur-sayuran. Farid berjalan sambil menghidu udara yang segar itu dan dia tidak perasan yang dia sudah terlepas kedai yang dicarinya. Tiba-tiba, dia ternampak seorang budak perempuan di hadapannya sedang menangis.

Farid simpati dengan budak yang menangis itu. Farid membawanya ke pejabat Polis.

Beberapa jam kemudian, seorang wanita masuk ke balai polis itu. Dia memberitahu yang dia adalah ibu budak kecil itu. Dia pun mendukung anaknya dan mengucapkan terima kasih kepada Farid.

Farid berasa bangga kerana menolong ibu budak kacil itu. Farid menuju ke kedai tersebut. Dia terus membeli barang-barang yang diperlukan ibunya. Selepas itu dia terus pulang ke rumah dan memberitahu ibunya apa yang terjadi.

Karangan Saya

Cuaca di luar sungguh panas.Ibu Hady baharu teringat bahawa
hari ini adalah hari perkahwinan mereka yang kedua puluh-empat .Ibu bercadang
untuk membuat kek perisa coklat dan vanila,iaitu kek kegemaran ibu dan ayah Hady.
Ibu terlupa untuk membeli gula dan tepung.Ibu menyuruh Hady untuk ke pasar.Ibu
telah memberinya wang sebanyak lima dolar.Setibanya di pasar,terdapat ramai orang
yang sedang membeli-belah.

Hady berjalan dengan senang hati sambil bersiul-siul.Tiba-tiba
dia terdengar bunyitangisan anak kecil.Dia mengikuti tangisan itu.Hady ternampak
budak perempuan itu menangis teresak-esak.Budak perempuan itu menangis sambil
memekik.Hady bertanya kepada budak itu namanya.Namanya,Lylia Natasha.Dia
ditinggalkan ayah dan ibunya.

Hady sedih dan kasihankan Lylia.Dia telah membawa Lylia ke pejabat
polis kejiranan.Lylia masih menangis.Pegawai itu telah membuat pengumuman.Selepas
beberapa saat,seorang wanita datang dengan mukanya kelihatan sedih dan gelisah.
Apabila dia melihat Lylia dia langsung memeluknya dan menangis teresak-esak.Lylia
kelihatan gembira.Wanita itu lalu pergi.Hady berjalan pulang dengan gembira.Wanita
itu baharu sedar bahawa dia belum mengucapkan terima kasih.Dia mengejar Hady sampai
ke rumah.Wanita itu terdengar Hady sedang dimarahi ibunya.Setelah wanita itu
menceritakan apa yang terjadi,ibunya bangga akannya.

Thursday, February 7, 2008

Karangan Saya

Haris sedang belajar untuk peperiksaan akhir tahun. Dia inginkan markah yang baik sebab itulah dia belajar bersungguh-sungguh. Semasa Haris sedang belajar, dia terdengar suara ibunya memanggilnya. Ibu Haris menyuruhnya perg ke kadai untuk membeli sabun. Ibu Haris memberinya wang sebanyak lima dolar sahaja.

Tanpa membuang masa, Haris pun mengambil wang itu daripada ibunya dan terus pergi ke NTUC yang berdekatan dengan tempat tinggalnya. Apabila Haris tiba di sana, dia pun mencari sabun yang ibunya gunakan untuk mambasuh baju. Sedang dia mencari sabun, dia ternampak seorang budak perempuan yang sedang menangis.

Haris pun menghampiri budak perempuan itu dan tanya apa yang terjadi tetapi, budak perempuan itu tidak kata apa-apa. Haris berasa simpati terhadap budak itu. Haris pun membawa budak perempuan ityu ke balai pols yang berdekatan. Selepas beberapa minit berjalan, mereka pun sampai ke balai polis. Apabila sampai di balai polis tersebut, Haris berkata kepada polis itu bahawa budak itu sesat di NTUC. Plis pun bertannya kepada budak itu apa nombor ibu bapanya dan budak itu berikan. Selepas beberapa minit, ibu bapanya pun sampai. Mereka mengucapkan terima kasih kepada Haris. Haris pun pergi ke kedai untuk membeli sabun.

Wednesday, February 6, 2008

Karangan Saya

Aku berada di rumah bersendirian. Ibu bapaku telah ke majlis perkahwinan. Aku tidak mengikuti mereka kerana aku ada terlalu banyak kerja rumah. Aku memulakan dengan karangan yang diberikan oleh Cikgu Hanim. Sedang aku melihat gambar di kertas, aku teringat tentang situasi yang berlaku kepada aku. Peristiwa itu amat sama dengan gambar tersebut. Ibuku menyuruh aku pergi ke kedai untuk membeli telur, yang diperlukan untuk membuat kek. Dia memberi aku wang dan aku terus ke pasar yang berdekatan dengan blok aku.

Aku berjalan dengan pantas kerana aku tidak suka keadaan pasar yang sesak dan busuk. Namun, aku tersenyum ketika melihat ramai orang yang kelihatan ceria. Semasa aku berjalan ke gerai menjual telur, aku terdenger tangisan yang agar perlahan. Aku mengikuti suara itu dan suara itu membawaku ke seorang budak perempuan. Dia sedang menangis teresak-esak. Ketika aku bertanya mengapa dia menangis, dia berkata bahawa dia sesat. Keadaan yang sesak telah menyebabkannya sesat dan dia tidak dapat berjumpa ibu bapanya. Aku berasa simpati lalu membawanya ke pejabat polis kejiranan.

Aku memberitahu polis apa yang berlaku kepada budak perempuan itu. Polis itu lalu menghubungi ibu bapanya. Ibunya, datang untuk mengambil anaknya dan berterima kasih kepadaku.

Aku pulang dengan perasaan gembira dan bangga. Ketika aku sampai rumah, ibu aku meminta telur yang aku terlupa. Aku memberitahunya semua yang berlaku dan dia memahami lalu memaafkanku. 'Oi!' Aku terdengar bapaku dan membuka mata. Rupanya, aku sedang bermimpi...

Kata-kata aluan...

Lelaman ini direka sebagai satu ruangan untuk murid-murid berkongsi hasil kerja mereka. Dengan adanya lelaman ini, diharap murid-murid dapat memberikan komen-komen yang membina kepada rakan-rakan mereka dan sekaligus mengeratkan lagi tali persahabatan.
Semoga kita akan maju ke hadapan dan perkukuhkan lagi penggunaan bahasa ibunda kita. Sama-samalah kita menyemarakkan lagi lelaman AKTIFKREATIF kita ini!

Tuesday, February 5, 2008

Kebaikkan yang aku telah melakukan...

Kicauan burung membuatku bangun daripada tidurku. Bau masakan ibuku membuatku sungguh lapar. Aku terus keluar dari bilikku dan ke dapur untuk melihat apa yang sedang dimasak ibuku. Ibuku sedang memasak ikan masak kari! Hurrah! Kari adalah makanan kegemaranku. Ibu ternampakku berdiri di pintu dapur lalu memarahiku kerana belum lagi mandi padahal hari sudah tengah hari. Selepas aku keluar dari bilik mandi, ibu terus memberiku wang untuk membeli sayur-sayuran di pasar.

Aku dengan senang hati mengambil wang tersebut daripada ibu. Aku terus melangkah keluar dari rumah dan menuju ke pasar yang berdekatan dengan rumahku itu. Apabila aku tiba di pasar, aku terus ke gerai sayur-sayuran. Tiba-tiba, aku tedengar seorang budak perempuan menangis dengan kuat. Aku berasa bingung. " Mengapakah budak perempuan itu manangis?" aku bertanya sendiri. Dia lalu berkata yang dia tersesat dan tidak dapat menjumpai ibunya. Aku berasa simpati lalu memujuknya. Aku membawanya ke pejabat polis kejiranan untuk melaporkan perkara tersebut supaya dia boleh menjumpai ibunya lagi.

Apabila aku tiba di pejabat polis tersebut, polis bertanya beberapa soalan kepada budak perempuan itu. Satu daripada soalan yang ditanya oleh pegawai polis tersebut adalah nombor telefon rumahnya itu. Polis lalu menghubungi ibunya. Kemudian, seorang wanita berumur dalam lingkungan tiga puluhan memasuki pejabat polis itu. Dia memanggil nama anaknya dan berlari menghampiri kami. Dia juga mengucapkan terima kasih kepadaku kerana telah menjumpai cahaya matanya, Isabella. Apabila tiba di rumah, ibu bertanya mengapa aku mengambil masa yang lama tetapi tidak mambawa apa-apa yang diminta ibu. Aku memberitahu perkara yang sebenar dan ibu amat bangga dengan kelakuanku.

Monday, February 4, 2008

Kebaikkan yang pernah aku lakukan....

Cuaca pada hari itu sangat cerah. Aku menonton rancangan kegemaranku di televisen. Ibuku sedang memasak di dapur. Ibuku memasak lauk kegemaranku iaitu kari ikan. Sedang ibu memasak, dia sedar bahawa daun karinya sudah habis. Dia pun menyuruhku pergi ke kedai untuk membeli daun kari. Ibu memberiku empat dolar. Aku pun turun ke kedai untuk membelikan ibu daun kari.

Aku tiba di pasar dengan senang hati. Aku menuju ke kedai Pak Samat untuk membeli daun kari. Sedang aku memilih daun kari, aku terdengar suara seorang budak perempuan menangis teresak-esak. Aku pun mengikuti suara itu. Aku dapati bahawa seorang budak perempuan telah sesat. Aku berasa simpati melihatnya memanggil-manggil nama ibunya. Aku ingin membantu budak itu tetapi aku tidak tahu bagaimanakah caranya.

Aku berjalan dengannya untuk mencari ibubapanya. Tiba-tiba, aku teringat akan kejadian semasa aku sesat. Aku pun membawanya ke pejabat polis kejiranan. Polis itu cuba menghubungi ibubapa budak perempuan itu. Beberapa minit kemudian, ibu budak perempuan itu datang. Dia sudah puas mencari anaknya di estet kejiranan itu. Dia rasa gembira kerana anaknya tidak cedera. Dia mengucapkan terima kasih kepadaku dan polis. Aku pulang dengan hati yang gembira. Setibanya di rumah, aku dimarahi ibu kerana pulang lewat dengan tangan kosong. Aku memberitahu ibu kejadian tadi. Walaupun aku disuruh ke kedai sekali lagi, aku berasa senang hati kerana aku telah menolong seorang budak hari ini.


Karangan Saya

Matahari bersinar dengan terik. Aidil sedang asyik bermain dengan mainan barunya. Ibunya, Cik Som sedar yang dia terlupa untuk membeli rempah sup di pasar tadi. Aidil disuruh pergi ke kedai yang berdekatan . Dia memberi Aidil pun pergi dengan pantas.

Ketika di kedai itu, Aidil ternapak seorang budak perempuan menangis teresak-esak. Dia kelihatan sesat. Aidil menuju kearah budak itu, Aidil berasa simpati kepadanya. Aidil ingin membatunya . aidil membawanya ke pejabat polis kejiranan yang berdekatan.

Setelah tiba di pejabat polis itu, Aidil memberitahu seorang pegawai polis itu yang budak perempuan itu sesta dan kehilangan ibu dan bapanya. Pegawai polis itu menghubungi ibubapa budak itu . Beberapa minit kemudian, ibu budak itu masuk ke pejabat polis itu. Dia gembirah setelah menjumpai anaknya. Polis dan ibu kepada budak itu berterima kasih kepada Aidil. Ibu dan bapa Aidil memujinya dan membawanya ke sebuah restoran. Keesokkan harinya, kejadian semalam disiarkan di berita.

~Tamat~

karangan saya

Cuaca pada hari itu kelihatan panas. Asri sedang menonton cerita kegamarannya. Dia erasa sungguh lapar. Ibunya pula sedang memasak di dapur. Sedang ibu masak, dia sedar bahawa sayuran sudah habis. Dia menyuruh Asri kekedai untuk membeli sayur-sayuran. Ibunya memberi Asri lima dolar.

Asri mengambil duit sebanyak lima dolar itu dan terus pergi ke kedai. Dia berjalan kaki ke sana kerana kedai itu berdekatan dengan rumahnya. Ibu menyuruh Asri untuk membeli sayur kubis kerana sayur itu adalah sayur kegemaran Asri. Bi9la dia tiba dia teus pergi ke gerai Pak Salim untuk membeli sayur kubis. Ibu suka sayuran dari Pak Salim kerena sayur-sayurannya itu sunggguh segar.

Semasa Asri sedang berjalan, dia terdengah suara seorang budak kecil sedang menangis. Dia berjalan ke arah suara itu. Dia ternampak ada seorang budak kecil sedang menagis. Dia bertanya kepada budak itu apakah namanya. Budak kecil itu berkata yang namanya Sally. Asri bertanya Sally kenapa dia menangis. Sally berkaya yang dia sudah sesat dan tidak tahu mana ibu dan bapanya Dia telah mengikuti ibu dan bapanya ke gerai itu. Asri membawa Sally ke pejabat polis. Beberapa minit kemudian mereka sampai di pejabat polis.Asri memberitahu polis itu yang dia terjumpa Sally di gerai Pk Salim. Polisitu bertanya apakah nombor telefon rumahnya.

Polis menelefon ibunya. Beberapa minit kemudian, ibunya sampai. Dia mendukung Sally dan memeluknya. Dia mengucapkan terime kasiah kepada Asri. Asri terus pergi ke gerai Pak Salim untuk membeli sayur kubis. Semasa dia pulang ke rumah, dia memberitahu ibunya apa yang terjadi.Ibunya sungguh bangga terhadap Asri.

Karangan Saya

Jam lonceng Haris berbunyi menandakan sudah pukul lapan pagi. Ibu Haris memberinya wang dan menyuruh Haris membeli sayur-sayuran di kedai. Selepas bersarapan, dia keluar rumah dan berjalan menuju ke kedai tersebut. Sedang dia mencari sayur-sayuran, dia terdengar tangisan budak yang semakin kuat. Haris pun menuju ke arah tangisan itu.

Setelah menuju ke destinasinya, Haris ternampak seorang budak perempuan yang sedang menangis teresak-esak memanggil ibunya. HAris diberitahunya yang dia telah sesat. Haris berasa sangat simpati melihatnya mengais. Dia membawanya ke pejabat polis kejiranan yang tidak jauh daripada kedai itu. Setibanya di pejabat polis itu, budak itu dikehendaki untuk memberitahu polis nombor telefon bimbit ibunya. Polis itupun menghupungi ibubapanuya.

Tidak lama kemudian, ibu budak itu pun datang. Dia kelihatan sungguh ceria. Ibunya menghampiri anaknya dan mencium-cium pipinya.Ibunya juga mengucapkan terima kasih kepada Haris kerana telah membuat pekara yang baik. Haris salam ibunya dan meneruskan perjalanannya untuk membeli barang-barang yang disuruh ibunya. Selepas itu, Haris pun pulang dengan ceria dan berasa bangga yang dia telah membuat pekara yang baik. Hari itu juga hari yang istimewa untuk Haris.