Sunday, February 10, 2008

Karangan Saya

Cuaca pada hari Jumaat yang lalu sungguh indah. Aku sedang bermain komputer apabila ibuku memanggilku. Aku pun terus ke dapur. Ibuku memberitahuku yang dia hendak aku ke kedai untuk beli ikan. Dengan segera, aku mengambil wang daripada ibu dan pergi ke kedai. Kedai tersebut agak dekat dengan rumahku. Aku pun sampai di kedai dalam masa lima minit. Semasa aku menghampiri tempat ikan itu, aku terbau ikan yang amat busuk.

Aku berjalan dengan pantas ke kedai itu apabila aku ternampak seorang budak perempuan menangis teresak-esak.Aku pun berjalan ke arahnya. Aku pun bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Dia pun memberitahuku yang dia sesat dan tidak tahu mana ibunya pergi. Aku berasa simpati terhadapnya dan aku ingin membantu. Kami berdua pun mencari ibu budak perempuan itu di seluruh pasar itu tetapi ibunya tidak dijumpai. Aku pun teringat ada sebuah pejabat polis kejiranan di hadapan pasar itu. Aku dengan cepat membawa perempuan itu ke sana.

Kami sampai di sana dengan cepat sekali. Aku memberitahu polis itu yang budak perempuan yang tersesat itu tidak boleh menjumpai ibunya. Polis bertanya kepada budak itu nombor telefon bimbit ibunya. Nasib baik budak itu ingat nombor telefon ibunya. Polis pun menelefon ibu perempuan itu. Dalam masa sepuluh minit, ibunya sudahpun sampai. Aku terlihat air mata ibunya mengalir di pipinya. Ibu budak perempuan itu pun mengucapkan terima kasih kepadaku.

Aku pun berasa bangga terhadap diriku tetapi aku teringat tentang ikan yang harusku beli. Aku terus berlari ke pasar untuk beli ikan itu dan pulang ke rumah. Apabila aku sampai, muka ibuku kelihatan marah tetapi aku pun memberitahunya peristiwa tadi. Aku meminta maaf kepada ibu dan dia memaafkanku.

Karangan Saya....

Sinaran matahari terpancar di kaca tingkap bilikku. Aku sedang khusyuk membaca bukuku apabila ibuku memanggilku. Aku dengan segera menuju ke arah dapur. Ibuku sedang menunggu aku di hadapan pintu pagar rumahku. Aku disuruhnya untuk ke pasar. Dengan senang hati, aku mengambil wang daripadanya dan keluar menuju ke destinasiku. Aku tiba di pasar dengan muka yang ceria untuk membeli barang-barangyang diperlukan oleh ibuku.

Aku berjalan keliling pasar itu dengan wajah yang ceria untuk mencari barang-barang yang diperlukan oleh ibuku. Semasa aku berjalan keliling pasar itu, aku terkihat berbagai barang yang dijual dan juga berbagai ekspresi di wajah-wajah pembeli dan juga penjual. Setibanya aku di hadapan gerai yang arus aku pergi, telingaku terdengar suara orang sedang menangis. Aku mengikuti suara tangisan itu dan langkaku terhenti seketika. Mataku terlihat seorang budak yang sedang menangis teresak-esak di hadapan sebuah gerai. Aku berasa simpati melihat dia seorang diri. Aku tidak sampai hati hendak membiarkan budak itu seorangan. Jadi, aku membawanya ke pejabat polis yang berdekatan dengan pasar itu.

Kedatangan aku dan budak itu disambut dengan ceria oleh pegawai polis yang sedang bertugas pada hari itu. Setelah melihat keadaan pejabat polis itu, barulah aku memberitahu segala maklumat yang aku tahu kepada pegawai polis yang peramah itu. Dia juga bertanya beberapa soalan kepada budak itu. Setelah selesai menyoal budak itu, dia masuk ke sebuah bilik dan menelefon nombor yang diberikan oleh budak itu. Beberapa minit kemudian, seorang wanita dalam usia 30-an datang dengan wajah berkerut-kerut. Wajahnya kelihatan bimbang dan juga sedih. Dia dengan segera memeluk anaknya. Dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada aku dan juga pegawai polis itu.

Karangan Saya

Jam di dinding menunjukkan jam sembilan pagi. Ashmi baru sahaja bangun daripada tidurnya. Ashmi terus menuju ke bilik mandi. Selepas dia mandi, dia terus hendak bermain bola bersama kawan-kawannya. Sedang dia menuju ke pintu rumah, ibunya memberinya sepuluh dolar. Dia disuruh ke kedai untuk membelu sarapan paginya. Ashmi pun mengambil duit dan melangkah rumah.

Ashmi pun tiba di sebuah pasar yang berdekatan rumahnya. Pada hari itu pula, ada ramai pembeli yang berjalan untuk ke destinasi mereka. Ada pula yang sedang bergaduh bersama penjual kerana ingin menawar harga. Keaadaan di pasar sunggu huru-hara. Apatah lagi, jika ada seseorang yang kehilangan duitnya. Ashmi pun tiba di sebuah kedai makanan apabila dia terdengar suara menangis teresak-esak. Rupa-rupanya, ada seorang budak perempuan. Budak perempuan itu sesat dan tidak tahu di manakah ibu bapanya. Namanya, Musfira. Ashmi pun berasa simpati dan ingin membawanya ke pejabat polis kejiranan.

Ashmi dan Musfira pun tiba ke sebuah pejabat polis lejiranan. Ashmi pun menuju ke kaunter. Dia menyuruh Musfira memberi informasi-informasi yang penting tentangnya. Ashmi pun membawa Musfira ke kaunter itu. Polis itu pun menyuruh Ashmi mengisi sebuah borang mengenai dirinya. Ashmi pun melaporkan apa telah terjadi.

Polis pun membuat panggilan kepada ibubapa Musfirah. Selepas 30 minit, ibu Musfira pun tiba dan mengucapkan terima kasih kepada Ashmi. Musfirah pun memberi Ashmi sebuah pelukan sebelum mereka berpisah. Polis itu menguucapkan terima kasih kerana telah membantu Musfirah. DIamemberi Ashmi lima dolar di atas bantuannya. Ashmi pun pulang dengan muka yang sangat ceria. Dia pun telah memveli makanan untuk dia dan ibunya.

Saturday, February 9, 2008

Karangan Saya

Cuaca hari itu sungguh cerah. Farid sedang menonton televisyen. Ibunya sedang memasak sarapan untuk Farid. Selepas selesai, ibunya memanggil Farid untuk makan. Selspas makan ibunya menyuruh Farid untuk membeli barang-barang untuk masak malam nanti. Farid pun terus mengambil duit daripada ibunya dan terus lari menuju ke pasar.

Apabila Farid tiba di pasar, wajah Farid sungguh cerah dan dia tidak sabar untuk membeli barang yang ibunya perlukan. Farid terus menuju ke kedai yang menjual sayur-sayuran. Farid berjalan sambil menghidu udara yang segar itu dan dia tidak perasan yang dia sudah terlepas kedai yang dicarinya. Tiba-tiba, dia ternampak seorang budak perempuan di hadapannya sedang menangis.

Farid simpati dengan budak yang menangis itu. Farid membawanya ke pejabat Polis.

Beberapa jam kemudian, seorang wanita masuk ke balai polis itu. Dia memberitahu yang dia adalah ibu budak kecil itu. Dia pun mendukung anaknya dan mengucapkan terima kasih kepada Farid.

Farid berasa bangga kerana menolong ibu budak kacil itu. Farid menuju ke kedai tersebut. Dia terus membeli barang-barang yang diperlukan ibunya. Selepas itu dia terus pulang ke rumah dan memberitahu ibunya apa yang terjadi.

Karangan Saya

Cuaca di luar sungguh panas.Ibu Hady baharu teringat bahawa
hari ini adalah hari perkahwinan mereka yang kedua puluh-empat .Ibu bercadang
untuk membuat kek perisa coklat dan vanila,iaitu kek kegemaran ibu dan ayah Hady.
Ibu terlupa untuk membeli gula dan tepung.Ibu menyuruh Hady untuk ke pasar.Ibu
telah memberinya wang sebanyak lima dolar.Setibanya di pasar,terdapat ramai orang
yang sedang membeli-belah.

Hady berjalan dengan senang hati sambil bersiul-siul.Tiba-tiba
dia terdengar bunyitangisan anak kecil.Dia mengikuti tangisan itu.Hady ternampak
budak perempuan itu menangis teresak-esak.Budak perempuan itu menangis sambil
memekik.Hady bertanya kepada budak itu namanya.Namanya,Lylia Natasha.Dia
ditinggalkan ayah dan ibunya.

Hady sedih dan kasihankan Lylia.Dia telah membawa Lylia ke pejabat
polis kejiranan.Lylia masih menangis.Pegawai itu telah membuat pengumuman.Selepas
beberapa saat,seorang wanita datang dengan mukanya kelihatan sedih dan gelisah.
Apabila dia melihat Lylia dia langsung memeluknya dan menangis teresak-esak.Lylia
kelihatan gembira.Wanita itu lalu pergi.Hady berjalan pulang dengan gembira.Wanita
itu baharu sedar bahawa dia belum mengucapkan terima kasih.Dia mengejar Hady sampai
ke rumah.Wanita itu terdengar Hady sedang dimarahi ibunya.Setelah wanita itu
menceritakan apa yang terjadi,ibunya bangga akannya.

Thursday, February 7, 2008

Karangan Saya

Haris sedang belajar untuk peperiksaan akhir tahun. Dia inginkan markah yang baik sebab itulah dia belajar bersungguh-sungguh. Semasa Haris sedang belajar, dia terdengar suara ibunya memanggilnya. Ibu Haris menyuruhnya perg ke kadai untuk membeli sabun. Ibu Haris memberinya wang sebanyak lima dolar sahaja.

Tanpa membuang masa, Haris pun mengambil wang itu daripada ibunya dan terus pergi ke NTUC yang berdekatan dengan tempat tinggalnya. Apabila Haris tiba di sana, dia pun mencari sabun yang ibunya gunakan untuk mambasuh baju. Sedang dia mencari sabun, dia ternampak seorang budak perempuan yang sedang menangis.

Haris pun menghampiri budak perempuan itu dan tanya apa yang terjadi tetapi, budak perempuan itu tidak kata apa-apa. Haris berasa simpati terhadap budak itu. Haris pun membawa budak perempuan ityu ke balai pols yang berdekatan. Selepas beberapa minit berjalan, mereka pun sampai ke balai polis. Apabila sampai di balai polis tersebut, Haris berkata kepada polis itu bahawa budak itu sesat di NTUC. Plis pun bertannya kepada budak itu apa nombor ibu bapanya dan budak itu berikan. Selepas beberapa minit, ibu bapanya pun sampai. Mereka mengucapkan terima kasih kepada Haris. Haris pun pergi ke kedai untuk membeli sabun.

Wednesday, February 6, 2008

Karangan Saya

Aku berada di rumah bersendirian. Ibu bapaku telah ke majlis perkahwinan. Aku tidak mengikuti mereka kerana aku ada terlalu banyak kerja rumah. Aku memulakan dengan karangan yang diberikan oleh Cikgu Hanim. Sedang aku melihat gambar di kertas, aku teringat tentang situasi yang berlaku kepada aku. Peristiwa itu amat sama dengan gambar tersebut. Ibuku menyuruh aku pergi ke kedai untuk membeli telur, yang diperlukan untuk membuat kek. Dia memberi aku wang dan aku terus ke pasar yang berdekatan dengan blok aku.

Aku berjalan dengan pantas kerana aku tidak suka keadaan pasar yang sesak dan busuk. Namun, aku tersenyum ketika melihat ramai orang yang kelihatan ceria. Semasa aku berjalan ke gerai menjual telur, aku terdenger tangisan yang agar perlahan. Aku mengikuti suara itu dan suara itu membawaku ke seorang budak perempuan. Dia sedang menangis teresak-esak. Ketika aku bertanya mengapa dia menangis, dia berkata bahawa dia sesat. Keadaan yang sesak telah menyebabkannya sesat dan dia tidak dapat berjumpa ibu bapanya. Aku berasa simpati lalu membawanya ke pejabat polis kejiranan.

Aku memberitahu polis apa yang berlaku kepada budak perempuan itu. Polis itu lalu menghubungi ibu bapanya. Ibunya, datang untuk mengambil anaknya dan berterima kasih kepadaku.

Aku pulang dengan perasaan gembira dan bangga. Ketika aku sampai rumah, ibu aku meminta telur yang aku terlupa. Aku memberitahunya semua yang berlaku dan dia memahami lalu memaafkanku. 'Oi!' Aku terdengar bapaku dan membuka mata. Rupanya, aku sedang bermimpi...

Kata-kata aluan...

Lelaman ini direka sebagai satu ruangan untuk murid-murid berkongsi hasil kerja mereka. Dengan adanya lelaman ini, diharap murid-murid dapat memberikan komen-komen yang membina kepada rakan-rakan mereka dan sekaligus mengeratkan lagi tali persahabatan.
Semoga kita akan maju ke hadapan dan perkukuhkan lagi penggunaan bahasa ibunda kita. Sama-samalah kita menyemarakkan lagi lelaman AKTIFKREATIF kita ini!

Tuesday, February 5, 2008

Kebaikkan yang aku telah melakukan...

Kicauan burung membuatku bangun daripada tidurku. Bau masakan ibuku membuatku sungguh lapar. Aku terus keluar dari bilikku dan ke dapur untuk melihat apa yang sedang dimasak ibuku. Ibuku sedang memasak ikan masak kari! Hurrah! Kari adalah makanan kegemaranku. Ibu ternampakku berdiri di pintu dapur lalu memarahiku kerana belum lagi mandi padahal hari sudah tengah hari. Selepas aku keluar dari bilik mandi, ibu terus memberiku wang untuk membeli sayur-sayuran di pasar.

Aku dengan senang hati mengambil wang tersebut daripada ibu. Aku terus melangkah keluar dari rumah dan menuju ke pasar yang berdekatan dengan rumahku itu. Apabila aku tiba di pasar, aku terus ke gerai sayur-sayuran. Tiba-tiba, aku tedengar seorang budak perempuan menangis dengan kuat. Aku berasa bingung. " Mengapakah budak perempuan itu manangis?" aku bertanya sendiri. Dia lalu berkata yang dia tersesat dan tidak dapat menjumpai ibunya. Aku berasa simpati lalu memujuknya. Aku membawanya ke pejabat polis kejiranan untuk melaporkan perkara tersebut supaya dia boleh menjumpai ibunya lagi.

Apabila aku tiba di pejabat polis tersebut, polis bertanya beberapa soalan kepada budak perempuan itu. Satu daripada soalan yang ditanya oleh pegawai polis tersebut adalah nombor telefon rumahnya itu. Polis lalu menghubungi ibunya. Kemudian, seorang wanita berumur dalam lingkungan tiga puluhan memasuki pejabat polis itu. Dia memanggil nama anaknya dan berlari menghampiri kami. Dia juga mengucapkan terima kasih kepadaku kerana telah menjumpai cahaya matanya, Isabella. Apabila tiba di rumah, ibu bertanya mengapa aku mengambil masa yang lama tetapi tidak mambawa apa-apa yang diminta ibu. Aku memberitahu perkara yang sebenar dan ibu amat bangga dengan kelakuanku.

Monday, February 4, 2008

Kebaikkan yang pernah aku lakukan....

Cuaca pada hari itu sangat cerah. Aku menonton rancangan kegemaranku di televisen. Ibuku sedang memasak di dapur. Ibuku memasak lauk kegemaranku iaitu kari ikan. Sedang ibu memasak, dia sedar bahawa daun karinya sudah habis. Dia pun menyuruhku pergi ke kedai untuk membeli daun kari. Ibu memberiku empat dolar. Aku pun turun ke kedai untuk membelikan ibu daun kari.

Aku tiba di pasar dengan senang hati. Aku menuju ke kedai Pak Samat untuk membeli daun kari. Sedang aku memilih daun kari, aku terdengar suara seorang budak perempuan menangis teresak-esak. Aku pun mengikuti suara itu. Aku dapati bahawa seorang budak perempuan telah sesat. Aku berasa simpati melihatnya memanggil-manggil nama ibunya. Aku ingin membantu budak itu tetapi aku tidak tahu bagaimanakah caranya.

Aku berjalan dengannya untuk mencari ibubapanya. Tiba-tiba, aku teringat akan kejadian semasa aku sesat. Aku pun membawanya ke pejabat polis kejiranan. Polis itu cuba menghubungi ibubapa budak perempuan itu. Beberapa minit kemudian, ibu budak perempuan itu datang. Dia sudah puas mencari anaknya di estet kejiranan itu. Dia rasa gembira kerana anaknya tidak cedera. Dia mengucapkan terima kasih kepadaku dan polis. Aku pulang dengan hati yang gembira. Setibanya di rumah, aku dimarahi ibu kerana pulang lewat dengan tangan kosong. Aku memberitahu ibu kejadian tadi. Walaupun aku disuruh ke kedai sekali lagi, aku berasa senang hati kerana aku telah menolong seorang budak hari ini.


Karangan Saya

Matahari bersinar dengan terik. Aidil sedang asyik bermain dengan mainan barunya. Ibunya, Cik Som sedar yang dia terlupa untuk membeli rempah sup di pasar tadi. Aidil disuruh pergi ke kedai yang berdekatan . Dia memberi Aidil pun pergi dengan pantas.

Ketika di kedai itu, Aidil ternapak seorang budak perempuan menangis teresak-esak. Dia kelihatan sesat. Aidil menuju kearah budak itu, Aidil berasa simpati kepadanya. Aidil ingin membatunya . aidil membawanya ke pejabat polis kejiranan yang berdekatan.

Setelah tiba di pejabat polis itu, Aidil memberitahu seorang pegawai polis itu yang budak perempuan itu sesta dan kehilangan ibu dan bapanya. Pegawai polis itu menghubungi ibubapa budak itu . Beberapa minit kemudian, ibu budak itu masuk ke pejabat polis itu. Dia gembirah setelah menjumpai anaknya. Polis dan ibu kepada budak itu berterima kasih kepada Aidil. Ibu dan bapa Aidil memujinya dan membawanya ke sebuah restoran. Keesokkan harinya, kejadian semalam disiarkan di berita.

~Tamat~

karangan saya

Cuaca pada hari itu kelihatan panas. Asri sedang menonton cerita kegamarannya. Dia erasa sungguh lapar. Ibunya pula sedang memasak di dapur. Sedang ibu masak, dia sedar bahawa sayuran sudah habis. Dia menyuruh Asri kekedai untuk membeli sayur-sayuran. Ibunya memberi Asri lima dolar.

Asri mengambil duit sebanyak lima dolar itu dan terus pergi ke kedai. Dia berjalan kaki ke sana kerana kedai itu berdekatan dengan rumahnya. Ibu menyuruh Asri untuk membeli sayur kubis kerana sayur itu adalah sayur kegemaran Asri. Bi9la dia tiba dia teus pergi ke gerai Pak Salim untuk membeli sayur kubis. Ibu suka sayuran dari Pak Salim kerena sayur-sayurannya itu sunggguh segar.

Semasa Asri sedang berjalan, dia terdengah suara seorang budak kecil sedang menangis. Dia berjalan ke arah suara itu. Dia ternampak ada seorang budak kecil sedang menagis. Dia bertanya kepada budak itu apakah namanya. Budak kecil itu berkata yang namanya Sally. Asri bertanya Sally kenapa dia menangis. Sally berkaya yang dia sudah sesat dan tidak tahu mana ibu dan bapanya Dia telah mengikuti ibu dan bapanya ke gerai itu. Asri membawa Sally ke pejabat polis. Beberapa minit kemudian mereka sampai di pejabat polis.Asri memberitahu polis itu yang dia terjumpa Sally di gerai Pk Salim. Polisitu bertanya apakah nombor telefon rumahnya.

Polis menelefon ibunya. Beberapa minit kemudian, ibunya sampai. Dia mendukung Sally dan memeluknya. Dia mengucapkan terime kasiah kepada Asri. Asri terus pergi ke gerai Pak Salim untuk membeli sayur kubis. Semasa dia pulang ke rumah, dia memberitahu ibunya apa yang terjadi.Ibunya sungguh bangga terhadap Asri.

Karangan Saya

Jam lonceng Haris berbunyi menandakan sudah pukul lapan pagi. Ibu Haris memberinya wang dan menyuruh Haris membeli sayur-sayuran di kedai. Selepas bersarapan, dia keluar rumah dan berjalan menuju ke kedai tersebut. Sedang dia mencari sayur-sayuran, dia terdengar tangisan budak yang semakin kuat. Haris pun menuju ke arah tangisan itu.

Setelah menuju ke destinasinya, Haris ternampak seorang budak perempuan yang sedang menangis teresak-esak memanggil ibunya. HAris diberitahunya yang dia telah sesat. Haris berasa sangat simpati melihatnya mengais. Dia membawanya ke pejabat polis kejiranan yang tidak jauh daripada kedai itu. Setibanya di pejabat polis itu, budak itu dikehendaki untuk memberitahu polis nombor telefon bimbit ibunya. Polis itupun menghupungi ibubapanuya.

Tidak lama kemudian, ibu budak itu pun datang. Dia kelihatan sungguh ceria. Ibunya menghampiri anaknya dan mencium-cium pipinya.Ibunya juga mengucapkan terima kasih kepada Haris kerana telah membuat pekara yang baik. Haris salam ibunya dan meneruskan perjalanannya untuk membeli barang-barang yang disuruh ibunya. Selepas itu, Haris pun pulang dengan ceria dan berasa bangga yang dia telah membuat pekara yang baik. Hari itu juga hari yang istimewa untuk Haris.