Wednesday, April 9, 2008

Kempen Membersihkan Bilik Darjah

Sekolah Rendah Qiaonan telah mengadakan Hari membersihkan kelas. Setiap guru dan murid-murid dikehendaki membersihkan kelas masing-masing. Cikgu Suria dan kelas 6-5 akan memulakannya dahulu. Cikgu Suria telah menyuruh anak-anak muuridnya membawa bakul,sapu dan macam-macam lagi. Mereka telah dibahagi-bahagikan kerja. Yusoff,ketua darjah, telah disuruh untuk memastikan rakan-rakannya tidak bermain di tandas atuau semasa mereka membersihkan kelas.

Cikgu Suria telah menyuruh Yusoff menjaga Rahmat dan Kassim dengan teliti. Mereka sangat nakal dan sangat dikenali di seluruh sekolah. Jika Yusoff ditangkap membela Rahmat dan Kassim, Yusoff akan dimarahi dan tugasnya sebagai ketua darjah akan ditamatkan pada masa itu.

Inilah masanya untuk 6-5 membersihkan kelas mereka. Murid-murid perempuan dikehendaki menyapu lantai. Murid-murid lelaki pula dikehendaki megambil air. Yusoff akan membersihkan meja-meja di dalam kelas. Rahmat dan Kassim secara sukarela pergi mengambil air. Dengan senyap,mereka pun memasuki tandas. Di sebalik wajah mereka menunjukkan kenakala. Apabila Yusoff melihat murid-murid lelaki pulang,dia terperanjat kerana mereka tidak membawa baldi yang penuh dengan air,melah mereka tidak pulang dengan apa-apa. Yusoff mengira murid-murid lelaki dan mendapat dua murid telah hilang iaitu Rahmat dan Kassim. Dia pun terus menuju ke tandas dan ternampak mereka bermain di tandas. Yusoff berfikir panjang dan terus mencari gurunya. Harapannya ialah dia dapat memberitahu gurunya sebelum mereka melarikan diri.

Semasa Yusoff mencari Cikgu Suria, dia ternampaknya dan terus menuju ke tempatnya. Dia pun memberitahu apa yang telah terjadi dan siapa yang terlibat. Cikgu Suria pun ke tandas tandas dan menyuruh Yusoff memanggil Rahmat dan Kassim. Malangnya, mereka tidak mendengar kata-kata Yusoff dan terus sambung bermain. Cikgu Suria pun datang dan memnaggil mereka bertiga ke luar. Cikgu Suria memarahi Rahmat dan Kassim dan juga menegur Yusoff kerana tidak menjaga mereka dengan teliti. Rahmat dan Kassim akan dibawa berjumpa dengan pengetua keesokan harinya tentang denda mereka. Tiba-tiba, sedang Cikgu Suria memarahi mereka Rahmat memusing kepalanya dan merenung Yusoff. Mereka semua pulang ke kelas bersama Cikgu Suria untuk menghabiskan tugas mereka.

Dengan diam-diam, Yusoff mengambil baldi yang penuh dengan air kotor dan terus menyimbahnya ke arah Yusoff. Yusoff berasa jijik dan bajunya tersebut dan terus membawa Rahmat ke pejabat pengetua dan menyuruh salah-satu daripada anak muridnya untuk membantu Yusoff menukar pakaian seragamnya. Rahmat didenda untuk mencuci semua tandas di sekolah sendirian. Cikgu Suria mencalonkan Yusoff sebagai pengawas untuk sepanjang tahun.

No comments: