Tuesday, April 8, 2008

Kempen membersihkan kelas

Hatiku tidak sabar menanti hari esok. Jam di dinding bilikku menunjukkan jam sembilan malam. Aku menyelimuti diriku menggunakan selimut dan melelapkan mataku. Cahaya matahari menjunam masuk tingkap bilikku. Aku berasa senang hati melihat burung-burung berkicauan di dahan-dahan pokok. Aku bersiap untuk ke sekolah untuk membuat kerja kebajikan bersama rakan-rakanku.

Jejak sahaja kaki aku ke dalam kantin sekolah, guru menyuruh aku dan rakan-rakanku brekumpul. Aku dan rakan-rakanku diterangkan tentang kerja-kerja yang akn kami lakukan. Selepas aku dan rakan-rakanku bersurai, setiap satu daripada kami menuju ke destinasi masing-masing. Aku ternampak dua rakanku yang berkelakuan mencurigakan.

Aku mengambil keputusan untuk mengikut kedua rakanku iktu. Firasat aku mengatakan bahawa mereka akan melakukan sesuatu. Aku berjalan dengan senyap supaya rakan-rakanku tidak akan tahu yang aku sedang mengikuti mereka. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapat tahu bahawa dugaan aku benar. Kedua-dua rakanku sedang bermain di dalam tandas. Mereka sedang memancutkan air ke arah satu sama lain. Tandas itu sungguh basah dan kotor sekali. Sebagai ketua kelas aku harus melaporkan kesalahan rakan-rakanku kepada guru kerana itu adalah tanggungjawab aku sebagai ketua kelas. Aku bergegas lari ke arah guruku dengan wajahku yang cemas kerana rakan-rakanku tidak sahaja membahayakan keselamatan mereka tetapi juga membasir air.

Ekspressi wajah guruku bertukar daripada gembira ke cemas. Guruku terkejut apabila aku memberitahu dia apa yang telahku lihat tadi. Guruku mengambil tindakan dengan pantas. Dia menarik tanganku dan berlari menuju ke arah tandas. Sebaik sahaja guruku membuka pintu tandas itu, dia tercegat seketika di hadapan pintu tandas itu. Rakan-rakanku tidak sedar akan kehadiran guruku. Guruku menjerit menyuruh mereka berhenti. Kedua rakanku disuruh keluar dari tandas itu kerana guruku ingin bercakap dengan mereka. Terlihat dari wajah guruku ynag dia sungguh marah. Semasa rakan-rakanku didenda, salah seorang daripada mereka berasa geram denagn aku. Aku berasa takut. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk meminta maaf kepada kedua-dua rakanku itu. Mereka juga meminta maaf kepada aku dan mengucapkan terima kasih kepada aku kerana sudah menyedarkan mereka akan bahaya yang mereka hadapi.

No comments: