Tuesday, April 8, 2008

Kempen membersihkan kelas

Aku tidak sabar menantikan aktivity yang akan dilangsungkan hare berikutnya. Kami akan membersihkan bilik darjah kami. Bilik darjah kami sungguh kotor dan almari-almari di belakang kelas berhabuk. Bagaimanakah kami boleh belajar di dalam sebuah kelas yang kotor seperti itu? Apabila aku tiba di kelas pada hari keesokan harinya, guru kami menyuruh Helmi dan Haikal mengisikan air di dalam baldi. Farah, Diana, Ahmad dan Ashraf pula disuruh untuk sapu lantai. Yang lain hanya membersihkan almari yang terletak di belakang kelas. Kami pun mula dengan tugasan kami.

Helmi dan Haikal mengambil kedua-dua baldi daripada guru dan terus menuju ke tandas. Muka mereka kelihatan gembira. Aku tahu pasti ada udang di sebalik batu. Sudah lima belas minit Helmi dan Haikal ke tandas tetapi mereka belum pulang ke kelas lagi. Aku tahu ada sesuatu yang tidak kena. Aku meminta izin guru untuk ke tandas. Dari jauh, aku boleh dengar pancutan air. Apabila aku memasuki tandas, aku terlihat Helmi dan Haikal sedang bermain air. Aku terus keluar menuju ke kelas untuk memberitahu guru.

Aku membawa guru ke tandas. Guru memanggil nama Haikal dan juga Helmi. Tiba-tiba, tidak ada sebarang bunyi dari tandas pun yang kedengaran. Guru itu memanggil nama mereka sekali lagi. Helmi dan Haikal keluar dari tandas. Mereka basah kuyup. Mereka dimarahi oleh guru. Helmi berasa geram kerana aku memberitahu guru tentang mereka. Sebagai denda, mereka harus membersihkan tandas. Biarlah ini menjuadi satu pengajaran bagi mereka.

No comments: