Friday, March 28, 2008

Luahan hati saya...

Hi rakan-rakan dan Cikgu Hanim...

Saya tak tahulah nak cakap apa...Biar saya fikirkan dahulu ya...Hmmmm..Hah! Saya sudah dapat idea...Bagaimana kalau saya cakap tentang pekara-pekara yang berlaku pada hari ini..

Hati saya rasa amat gembira sekali..Pertama-tama saya berasa gembira melihat rakan-rakan saya berbahas pada pagi tadi..Saat-saat yang paling saya gemari ialah, waktu saya ada kelas 'Special Music'..

Kelas ini akan selalu diadakan di makmal komputer..Tetapi malangnya hari ini kelas itu dibatalkan kerana ada kelas lain yang menggunakan makmal itu..Jadi saya dan rakan-rakan yang lain duduk di dalam kelas dan guru kelas saya iaitu, Mrs Lim, mengajak kami bermain sebuah permainan..

Sebalum kami memulakan permainan tersebut,Mrs Lim meme\berithau sebuah peristiwa yang nakal yang dilakukan oleh dia dan juga abangnya..Tetapi,sayangnya saya tidak boleh memberitahu kejadian tersebut kerana ini adalah satu rahsia antara Kecemerlangan 1 dan Mrs Lim..

Di dalam setiap kumpulan, kami harus memberitahu anggota kumpulan yang lain tentang satu peristiwa yang nakal yang pernah kami lakukan...Saya memberitahu rakan-rakan saya peristiwa yang nakal yang pernah saya lakukan...

Ia berlaku pada tahun lalu ..Masa itu adalah hari ulang tahun kakak saya.. Saya amat beruntung kerana dia telahpun membuat secawan air...Hahahaha...Saya mengambil sos cili,garam,gula,lada putih,cili padi dan bawang dan masukkan bahan-bahan itu ke dalam air itu...Tibanya masa untuk kakak saya minum air itu...Dia muntah kembali air yang telah di minumnya...Hahaha...Saya berasa salah dan meminta maaf...

Saya juga geli hati mendengar peristiwa rakan-rakan saya..Salah satu dari mereka yang saya rasa amat lucu ialah peristiwa Thanita..Dia berasa geram dengan mak ciknya dan...Tak apalah saya tukar fikiran...Saya akan memberitahu tentang peristiwa Nadia..Dia meletak sebiji telur diatas tempat duduk gurunya..Pecah telur itu apabila gurunya duduk...Hahaha...

Samapi disini ya...Saya rasa sungguh gembira....^_^

No comments: