Saturday, January 31, 2009

Hello!!!

Hello teman-teman!! Sudah sekian lama tidak berjumpa.. Haha.. Harap kalian baik-baik aje.. Haha... Rindu sangat-sangat dengan kelas melayu kita.. Haha.. Hais ape nk buat? Hidup harus diteruskan.. Betul tak? Mepek ah... Senang-senang post la kat blog ni so tat we cn keep in touch... Ryt? Well, I got to go... Bye-bye..(:

Wednesday, April 9, 2008

Kempen Membersihkan Bilik Darjah

Sekolah Rendah Qiaonan telah mengadakan Hari membersihkan kelas. Setiap guru dan murid-murid dikehendaki membersihkan kelas masing-masing. Cikgu Suria dan kelas 6-5 akan memulakannya dahulu. Cikgu Suria telah menyuruh anak-anak muuridnya membawa bakul,sapu dan macam-macam lagi. Mereka telah dibahagi-bahagikan kerja. Yusoff,ketua darjah, telah disuruh untuk memastikan rakan-rakannya tidak bermain di tandas atuau semasa mereka membersihkan kelas.

Cikgu Suria telah menyuruh Yusoff menjaga Rahmat dan Kassim dengan teliti. Mereka sangat nakal dan sangat dikenali di seluruh sekolah. Jika Yusoff ditangkap membela Rahmat dan Kassim, Yusoff akan dimarahi dan tugasnya sebagai ketua darjah akan ditamatkan pada masa itu.

Inilah masanya untuk 6-5 membersihkan kelas mereka. Murid-murid perempuan dikehendaki menyapu lantai. Murid-murid lelaki pula dikehendaki megambil air. Yusoff akan membersihkan meja-meja di dalam kelas. Rahmat dan Kassim secara sukarela pergi mengambil air. Dengan senyap,mereka pun memasuki tandas. Di sebalik wajah mereka menunjukkan kenakala. Apabila Yusoff melihat murid-murid lelaki pulang,dia terperanjat kerana mereka tidak membawa baldi yang penuh dengan air,melah mereka tidak pulang dengan apa-apa. Yusoff mengira murid-murid lelaki dan mendapat dua murid telah hilang iaitu Rahmat dan Kassim. Dia pun terus menuju ke tandas dan ternampak mereka bermain di tandas. Yusoff berfikir panjang dan terus mencari gurunya. Harapannya ialah dia dapat memberitahu gurunya sebelum mereka melarikan diri.

Semasa Yusoff mencari Cikgu Suria, dia ternampaknya dan terus menuju ke tempatnya. Dia pun memberitahu apa yang telah terjadi dan siapa yang terlibat. Cikgu Suria pun ke tandas tandas dan menyuruh Yusoff memanggil Rahmat dan Kassim. Malangnya, mereka tidak mendengar kata-kata Yusoff dan terus sambung bermain. Cikgu Suria pun datang dan memnaggil mereka bertiga ke luar. Cikgu Suria memarahi Rahmat dan Kassim dan juga menegur Yusoff kerana tidak menjaga mereka dengan teliti. Rahmat dan Kassim akan dibawa berjumpa dengan pengetua keesokan harinya tentang denda mereka. Tiba-tiba, sedang Cikgu Suria memarahi mereka Rahmat memusing kepalanya dan merenung Yusoff. Mereka semua pulang ke kelas bersama Cikgu Suria untuk menghabiskan tugas mereka.

Dengan diam-diam, Yusoff mengambil baldi yang penuh dengan air kotor dan terus menyimbahnya ke arah Yusoff. Yusoff berasa jijik dan bajunya tersebut dan terus membawa Rahmat ke pejabat pengetua dan menyuruh salah-satu daripada anak muridnya untuk membantu Yusoff menukar pakaian seragamnya. Rahmat didenda untuk mencuci semua tandas di sekolah sendirian. Cikgu Suria mencalonkan Yusoff sebagai pengawas untuk sepanjang tahun.

Tuesday, April 8, 2008

Kempen membersihkan kelas

Hatiku tidak sabar menanti hari esok. Jam di dinding bilikku menunjukkan jam sembilan malam. Aku menyelimuti diriku menggunakan selimut dan melelapkan mataku. Cahaya matahari menjunam masuk tingkap bilikku. Aku berasa senang hati melihat burung-burung berkicauan di dahan-dahan pokok. Aku bersiap untuk ke sekolah untuk membuat kerja kebajikan bersama rakan-rakanku.

Jejak sahaja kaki aku ke dalam kantin sekolah, guru menyuruh aku dan rakan-rakanku brekumpul. Aku dan rakan-rakanku diterangkan tentang kerja-kerja yang akn kami lakukan. Selepas aku dan rakan-rakanku bersurai, setiap satu daripada kami menuju ke destinasi masing-masing. Aku ternampak dua rakanku yang berkelakuan mencurigakan.

Aku mengambil keputusan untuk mengikut kedua rakanku iktu. Firasat aku mengatakan bahawa mereka akan melakukan sesuatu. Aku berjalan dengan senyap supaya rakan-rakanku tidak akan tahu yang aku sedang mengikuti mereka. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapat tahu bahawa dugaan aku benar. Kedua-dua rakanku sedang bermain di dalam tandas. Mereka sedang memancutkan air ke arah satu sama lain. Tandas itu sungguh basah dan kotor sekali. Sebagai ketua kelas aku harus melaporkan kesalahan rakan-rakanku kepada guru kerana itu adalah tanggungjawab aku sebagai ketua kelas. Aku bergegas lari ke arah guruku dengan wajahku yang cemas kerana rakan-rakanku tidak sahaja membahayakan keselamatan mereka tetapi juga membasir air.

Ekspressi wajah guruku bertukar daripada gembira ke cemas. Guruku terkejut apabila aku memberitahu dia apa yang telahku lihat tadi. Guruku mengambil tindakan dengan pantas. Dia menarik tanganku dan berlari menuju ke arah tandas. Sebaik sahaja guruku membuka pintu tandas itu, dia tercegat seketika di hadapan pintu tandas itu. Rakan-rakanku tidak sedar akan kehadiran guruku. Guruku menjerit menyuruh mereka berhenti. Kedua rakanku disuruh keluar dari tandas itu kerana guruku ingin bercakap dengan mereka. Terlihat dari wajah guruku ynag dia sungguh marah. Semasa rakan-rakanku didenda, salah seorang daripada mereka berasa geram denagn aku. Aku berasa takut. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk meminta maaf kepada kedua-dua rakanku itu. Mereka juga meminta maaf kepada aku dan mengucapkan terima kasih kepada aku kerana sudah menyedarkan mereka akan bahaya yang mereka hadapi.

Kempen Membersihkan Kelas

Suatu kejadian yang buruk telah terjadi di sekolah pada hari Jumaat yang lalu. Hari itu, guru telah mencadangkan untuk membersihkan kelas dan murid-murid disuruh membawa penyapu dan baldi. Mereka pun menjalankan tugas masing-masing. Salah seorang daripada murid di kelas, bernama Haikal, mengajak kawan karibnya, Khairil untuk bermain air di tandas sekolah. Khairil pun mengikutinya.

Mereka tidak berhenti-henti bermain dan memancutkan air di seluruh tandas. Malangnya, sedang mereka bermain air,ketua kelas, Salim, ternampak kejadian tersebut. Dia berasa terperanjat dan kecewa apabila ternampak mereka bermain air. Salim pun berlalu pergi dan memberitahu gurunya apa yang telah terjadi.

Gurunya itu pun memanggil mereka lalu memarahi kerana perbuatan mereka itu kurang baik. Khairil menangis teresak-esak dan berasa kesal atas kesilapannya. Haikal pula berasa geram dan kelihatan sangat marah dengan Salim. Keesokan harinya, sedang Salim makan di kantin, Haikal berdiri di sebelahnya. Haikal masih berasa geram tentang kejadian yang berlaku hari itu. Haikal mengangkat tangannya dan hendak berlawan dengan Salim. Salim bernasib baik kerana ketika itu, guru ternampak kejadian tersebut. Sejak hari itu, Haikal tidak berani untuk membalas dendam dengan Salim. Salim juga telah pelajari yang membalas dendam bukan penyeselaian bagi apa-apa masalah.

Kempen Membersihkan Kelas

Tujahan cahaya matahari pagi menampar di dada bilik darjah itu. Ali, seorang pengawas, dan rakan-rakannya tidak sabar untuk membersihkan kelas mereka. Guru mereka menerangkan kepada mereka apa yang harus dilakukan. Dua orang budak lelaki ditugaskan untuk mengambil air. Mereka pun membawa baldi menuju ke tandas.

Sesampai di depan pintu tandas, dua orang budak lelaki itu pun bercadang untuk bermain air di dalam tandas itu. Dinding dan lantai tandas itu basah. Mereka basah-kuyup. Ali meminta izin guru ke tandas. Ali ternampak dua orang budak lelaki sedang bermain di tandas apabila Ali membuka pintu. Mereka tidak sedar kehadiran Ali. Ali dengan cepat berlari ke kelas untuk memberitahu guru. Mereka dengan cepat berjalan menuju tandas. Guru itu pun membuka pintu tandas dan memanggil dua orang budak itu.

Dua orang budak lelaki itu terkejut apabila guru memanggil nama mereka. Mereka dimarahi oleh guru. Salah seorang daripada budak lelaki itu berasa geram dan ingin membalas dendam kepada Ali. Apabila Ali hendak pulang ke kelas, budak itu menolak Ali. Ali terjatuh dan lututnya luka. Budak itu memberitahu Ali, dia akan mendapat balasan lebih teruk daripada ini. Ali tidak peduli dengan kata-katanya, Dia memberitahu guru tentang hal itu. Budak itu didenda berdiri di belakang kelas sepanjang hari. Namun, budak itu masih tidak puas hati. Dia tetap akan membalas dendam.

Kempen membersihkan kelas

Aku tidak sabar menantikan aktivity yang akan dilangsungkan hare berikutnya. Kami akan membersihkan bilik darjah kami. Bilik darjah kami sungguh kotor dan almari-almari di belakang kelas berhabuk. Bagaimanakah kami boleh belajar di dalam sebuah kelas yang kotor seperti itu? Apabila aku tiba di kelas pada hari keesokan harinya, guru kami menyuruh Helmi dan Haikal mengisikan air di dalam baldi. Farah, Diana, Ahmad dan Ashraf pula disuruh untuk sapu lantai. Yang lain hanya membersihkan almari yang terletak di belakang kelas. Kami pun mula dengan tugasan kami.

Helmi dan Haikal mengambil kedua-dua baldi daripada guru dan terus menuju ke tandas. Muka mereka kelihatan gembira. Aku tahu pasti ada udang di sebalik batu. Sudah lima belas minit Helmi dan Haikal ke tandas tetapi mereka belum pulang ke kelas lagi. Aku tahu ada sesuatu yang tidak kena. Aku meminta izin guru untuk ke tandas. Dari jauh, aku boleh dengar pancutan air. Apabila aku memasuki tandas, aku terlihat Helmi dan Haikal sedang bermain air. Aku terus keluar menuju ke kelas untuk memberitahu guru.

Aku membawa guru ke tandas. Guru memanggil nama Haikal dan juga Helmi. Tiba-tiba, tidak ada sebarang bunyi dari tandas pun yang kedengaran. Guru itu memanggil nama mereka sekali lagi. Helmi dan Haikal keluar dari tandas. Mereka basah kuyup. Mereka dimarahi oleh guru. Helmi berasa geram kerana aku memberitahu guru tentang mereka. Sebagai denda, mereka harus membersihkan tandas. Biarlah ini menjuadi satu pengajaran bagi mereka.

Kempen Membersihkan Kelas

Loceng berbunyi, menandakan bahawa kelas bahasa Melayu sudah tamat. Murid-murid dari kelas 5-1 berjalan pulang ke kelas. Guru kelas mereka, Cikgu Lydia, menyuruh mereka menyiapkan barang-barang yang diperlukan untuk membersihkan kelas mereka yang amat kotor. Cikgu Lydia memilih Nizam dan Khiddir untuk mengisi baldi-baldi dengan air. Mereka bersetuju lalu ke tandas. Bermacam-macam benda yang bermain di fikiran mereka.

Ketika mereka di dalam bilik tandas, mereka ternampak paip. Nizam terus mengambilnya dan memancut air ke arah sahabatnya Khiddir. Khiddir pula mengambil paip lain dan melakukan yang sama. Mereka menjadi basah kuyup tetapi mereka tidak peduli. Semasa mereka sibuk bermain, mereka tidak perasan bahawa ketua murid kelas mereka, Adrian, ternampak perbuatan mereka. Adrian terus berlari ke Cikgu Lydia untuk memberitahu apa dia ternampak. Cikgu Lydia lalu ke arah bilik tandas secepat mungkin.

Cikgu Lydia berjalan dengan pantas, diikuti oleh Adrian yang harus berlari untuk mengejar Cikgu Lydia. Cikgu Lydia berasa sangat marah terhadap Nizam dan Khiddir. Apabila dia membuka pintu bilik tandas itu, dia terkejut melihat kedua-dua murid it basah kuyup. "Nizam! Khiddir! Sini kamu berdua!" Cikgu Lydia memekik sangat kuat hingga Nizam dan Khiddir terlompat kerana terkejut. Cikgu Lydia memarahi mereka dan berkata bahawa dia akan memberitahu ibu bapa mereka dan juga pengetua sekolah tentang kejadian tersebut. Nizam perasan bahawa Adrian telah memberitahu Cikgu Lydia. Dia berasa sangat geram terhadapnya. Sementara Cikgu Lydia turun untuk memanggil pengetua mereka, Adrian meminta maaf dan menerangkan bahawa dia harus melakukan tugasnya sebagai ketua kelas. Oleh kerana dia sangat baik, Nizam memaafkannya dan mereka menjadi rapat.