Tuesday, April 8, 2008

Kempen Membersihkan Kelas

Loceng berbunyi, menandakan bahawa kelas bahasa Melayu sudah tamat. Murid-murid dari kelas 5-1 berjalan pulang ke kelas. Guru kelas mereka, Cikgu Lydia, menyuruh mereka menyiapkan barang-barang yang diperlukan untuk membersihkan kelas mereka yang amat kotor. Cikgu Lydia memilih Nizam dan Khiddir untuk mengisi baldi-baldi dengan air. Mereka bersetuju lalu ke tandas. Bermacam-macam benda yang bermain di fikiran mereka.

Ketika mereka di dalam bilik tandas, mereka ternampak paip. Nizam terus mengambilnya dan memancut air ke arah sahabatnya Khiddir. Khiddir pula mengambil paip lain dan melakukan yang sama. Mereka menjadi basah kuyup tetapi mereka tidak peduli. Semasa mereka sibuk bermain, mereka tidak perasan bahawa ketua murid kelas mereka, Adrian, ternampak perbuatan mereka. Adrian terus berlari ke Cikgu Lydia untuk memberitahu apa dia ternampak. Cikgu Lydia lalu ke arah bilik tandas secepat mungkin.

Cikgu Lydia berjalan dengan pantas, diikuti oleh Adrian yang harus berlari untuk mengejar Cikgu Lydia. Cikgu Lydia berasa sangat marah terhadap Nizam dan Khiddir. Apabila dia membuka pintu bilik tandas itu, dia terkejut melihat kedua-dua murid it basah kuyup. "Nizam! Khiddir! Sini kamu berdua!" Cikgu Lydia memekik sangat kuat hingga Nizam dan Khiddir terlompat kerana terkejut. Cikgu Lydia memarahi mereka dan berkata bahawa dia akan memberitahu ibu bapa mereka dan juga pengetua sekolah tentang kejadian tersebut. Nizam perasan bahawa Adrian telah memberitahu Cikgu Lydia. Dia berasa sangat geram terhadapnya. Sementara Cikgu Lydia turun untuk memanggil pengetua mereka, Adrian meminta maaf dan menerangkan bahawa dia harus melakukan tugasnya sebagai ketua kelas. Oleh kerana dia sangat baik, Nizam memaafkannya dan mereka menjadi rapat.

No comments: