Tuesday, April 8, 2008

Kempen membersihkan kelas

Sinaran matahari terpancar di jendela. Murid-murid darjah lima dikehendaki membersihkan bilik darjah mereka. Murid-murid itu harus membawa baldi kecil dan kain buruk untuk digunakan untuk mengelap meje, tingkap dan sebagainya. Cikgu Rilla dan murid-muridnya tidak sabar untuk mula membersihkan bilik darjah mereka kerana mereka dapat merasakan persekitaran bilik darjah mereka kotor.

Cikgu Rilla meletakkan mereka di dalam kumpulan. Ada di antara kumpulan itu harus menyapu bilik darjah dan lain-lain lagi. Cikgu Rilla menyuruh asyraf dan erfan mengisi air di dalam baldi yang diberi. asyraf dn erfan ialah murid yang paling nakal di sekolah itu. Anda tahu apa yang mereka buat di tandas? Mereka bermain-main dengan air. Mereka membuat tandas itu sangat kotor.

Cikgu Rilla menyuruh Zi Yuan melihat apa mereka buat di tandas. "Mereka mengambil masa yang sangat lama untuk mengambil air," kata Cikgu Rilla kepada dirinya. Selepas itu, Zi Yuan pun pergi ke tandas untuk melihat apa yang mereka buat. Dia pun masuk ke tandas itu dan ternampak mereka sedang bermain air. Zi Yuan pun lari lintang-pukang ke arah Cikgu Rilla. Dia pun memberitahu Cikgu Rilla apa mereka sedang lakukan. Cikgu Rilla terus pergi ke tandas itu dan memarahi Asyraf dan Erfan. Cikgu Rilla pergu ke tandas dengan ketua klass(Zi Yuan). Cikgu Rilla ber5asa sangat berang. Dia membawa Asyraf dan Erfan berjumpa dengan ketua sekolah. Selepas berbincang, ketua sekolah hendah merotan mereka. Dua sebatan untuk Asyraf dan untuk Erfan.

No comments: