Tuesday, April 8, 2008

kempen membersihkan kelas

Cahaya matahri membuat pagi itu kelihatan cerah. Kelas Yusof sedang mengadakan kempen 'mari membersih.' Rakan-rakannya telah membawa baldi. Alif dan Aziz membawa baldi mereka ke tandas untuk mengambil air.Merka budak yang ternakal di kelas.Guru mereka, Cikgu Era , telah mengadu dengan ibubapa meka tentang perangai Alif dan Aziz tetapi mereka tetap berkeras kepala.

Alif dan Aziz masuk ke tandas. Mereka mula bermain air di tandas. Baju merka basah kuyup . Ketua kelas, Muthu , ternampak akan kejadian itu. Dia ternampak suasana di tandas itu basah baldi bersepahan dan baju Alif dan Aziz basah kuyup seperti baru sahaja mandi.

Muthu berlari mencari Cikgu Era yang terdengar bunyi bising di dalam tandas. Dia terperanjat melihat Muthu lari. Muthu memberitahu Cikgu Era apa yang dia nampak. CikguEra terus bergegas ke tandas lelaki.

Cikgu Era ternampak mereka asyik bermain hingga mereka tidak lihat Cikgu Era berada di situ. Cikgu Era memekik nama mereka dan Alif dan Aziz terkejut. Mereka dimarahi kerana sikap mereka. Aziz melihat ke arah Muthu dengan muka dan perasaan yang marah.

'Dring!!' Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Aziz berjumpa dengan Muthu dan memarahinya. Walaubagaimanapun, Muthu tidak marah kerana dia tahu yang dia telah membuat perkara yang betul.

No comments: