Tuesday, April 8, 2008

Kempen membersihkan kelas

Sinaran matahari memancar di tingkap kelas Ali dan Ahmad. Meraka akan membersihkan kelas mereka pada hari itu. Guru mereka akan memberitahu tugasan mereka untuk hari itu. Ali dan Ahmad disuruh mengambil air dari tandas sekolah. Ali dan Ahmad membawa baldi mereka dan pergi menuju ke arah tandas.

Tiba sahaja di tandas, Ahmad dan Ali bergegas ke paip dan segera mengisikan baldi itu dengan air. Apabila kedua-dua baldi mereka sudah poun penuh dengan air, Ahmad tergelincir dan jatuh ketika membawa baldi yang trerlalu berat itu. Ali tertawa melihay ahmad terjatuh. Air tumpah dari baldi tersebut. Selepad kejadian itu, Ali dan Ahmad bercadang untuk bermain memancut-mancut air bersama-sama. Tandas itu penuh dengan air. Seorang pengawas sekolah ternampak perbuatan mereka itu. Pengawas itu terperanjat lalu memberitahu gurunya.

Gurunya terkejut apabila mendengar kejadian itu daripada pengawas. Guru itu dengan segera ke tandas itu. Sedang mereka bermain, guru masuk ke tandas itu. Mereka berdua berasa terperanjat dan takut. Guru memarahi Ahmad dan Ali. Ahmad berasa salah tetapi Ali berdendam terhadap pengawas itu. Keesokan harinya, pengawas tersebut sedang mencuci tangannya di tandas itu. Ali masuk ke tandas tersebut dan lalu memukulnya di dalam tandas itu. Ahmad ternampak kejadian itu dan menenangkan hati Ali yang sedang marah itu. Ali mula berasa salah dan mereka menjadi kawan yang sangat akrab...

No comments: