Tuesday, April 8, 2008

Kempen Membersihkan Kelas

Cuaca pada hari Jumaat yang lalu amat cerah. Kelas Azmi telah bercadang untuk membersihkan kelas mereka kerana cuti sekolah akan datang. Mereka dikehendaki membawa baldi dan tuala yang kecil.Guru mereka, Cikgu Nora,telah memberitahu kelas supaya jangan membazir air dan bermain di dalam tandas. Kelas Azmi pun mula membersihkan kelas. Cikgu Nora memberitahu Johan dan Rafi, dua budak lelaki yang sangat nakal, untuk mengambil air di tandas. Kedua-dua budak lelaki itu pun berjalan ke tandas.

Semasa Johan dan Rafi di tandas, mereka bermain dengan air. Mereka tidak tahu semasa bermain, Azmi ternampak mereka. Azmi pun berasa takut untuk memberitahu Cikgu Nora dan kalau dia memberitahunya, Johan pasti akan berasa amat geram terhadapnya. Azmi tidak ada pilihan dan dia pun berlari ke kelas dengan cepat.

Cikgu Nora sungguh marah apabila diberitahu yang Johan dan Rafi sedang bermain di tandas. Dia begegas ke tandas dan memarahi Johan dan Rafi. Rafi kelihatan sedih tetapi Johan berasa sangat geram. Azmi pun berdiri dengan senyap kerana amat takut. Akan Johan bergaduh dengannya? Apabila kelas Azmi habis membersihkan kelas, Johan dan Rafi mendekati Azmi.

Azmi hendak berlari tetapi mereka tidak izinkannya. Mereka telah mengucapkan terima kasih kepada Azmi. Johan memberitahunya yang mereka telah dimarahi oleh pengetua sekolah selepas kejadian itu dan sekarang kedua-dua budak lelaki itu telah belajar untuk menjadi budak lelaki yang baik. Merekapun meminta maaf kepada Azmi dan gurunya.

No comments: