Tuesday, April 8, 2008

Kempen Membersihkan Bilik Darjah .

Hari ini,hari yang aku nanti-nantikan iaitu Kempen Mencuci Bilik Darjah.Kami semua mengambil penyapu,kain,baldi dan lain-lain lagi.Aku memberi tugas kepada dua rakan aku.Mereka harus mengambil air di tandas.Mereka mengangkat baldi itu lalu berjalan menuju ke arah tandas.Aku tergesa-gesa melihat mereka berjalan.Aku tidak percaya mereka.
Aku terdengar air mengalir.Aku berasa hairan.Kenapa air itu boleh mengalir?Tiba-tiba,aku terdengar dua suara berteriakan dengan riang.Aku berjengket kerana takut aku akan jatuh.Aku menolak pintu berwarna biru itu dengan perlahan.Terkejut aku apabila terlihat dua rakan aku sedang bermain air.Mereka memancut air di muka satu sama lain.Baju mereka basah kuyup.Aku melarikan diri.Aku memanggil guruku.Dia menoleh ke arahku.Aku memberitahu apa yang aku nampak.Dengan sekelip mta,muka guruku menjadi marah.
Guru aku menyuruhku untuk membawa kedua-dua rakanku keluar.Aku mengikut perintahnya kerana takut dimarah olehnya.Aku memanggil mereka dan mereka berhenti mamancut air.Mereka menolak aku ke tepi untuk keluar.Aku masuk ke tandas itu untuk menutup air yang mengalir.Tiba di tempat guruku,aku berdiri di situ dan mendiamkan diri sementara mereka dua dimarahi.
Salah satu daripada rakanku menoleh ke arahku dengan perasaan geram.Aku berasa takut sekali.Selepas itu,mereka berjalan ke arahku dan minta maaf.Aku rasa bangga sekali yang mereka nampak kesilapan mereka.

No comments: