Tuesday, April 8, 2008

Kempen Membersihkan Bilik Darjah

Murid-murid darjah tiga diberitahu oleh guru untuk membawa baldi dan penyapu ke sekolah pada hari itu.Mereka harus membersihkan kelas.Ada yang membawa baldi sahaja.Murid-murid itu meminta izin hendak pergi ke tandas.Dua murid lelaki pergi ke tandas untuk mengambil air.Selepas itu,mereka bercadang untuk bermain air di tandas.

Dua orang murid tersebut mula bermain air dan memancutkan air di seluruh tandas itu.Pakaian mereka basah kuyup.Sedang mereka berdua bermain air,seorang pengawas darjah mereka ternampak perbuatan mereka.Pengawas itu dengan cepat memberitahu gurunya.Guru itu terkejut dan pergi mencari kedua-dua murid itu.

Apabila guru mereka ternampak kedua-dua murid itu,dia menjerit nama kedua-dua murid itu.Mereka berdua keluar dari tandas dengan pakaian yang basah.Kedua-dua murid itu dimarahi oleh guru tersebut dan mereka didenda.Raut muka guru itu kelihatan marah dan kecewa terhadap murid-murid itu.Seorang daripada mereka berasa geram dengan pengawas itu.Pengawas itu buat bodoh sahaja dan meninggalkan tempat tersebut.Kedua-dua budak lelaki itu disuruh membersih dan mengelap tandas yang basah dan licin itu.

No comments: