Tuesday, April 8, 2008

kempen membersihkan bilik darjah

Cuaca pada hari itu sangat panas. Di sebuah sekolah, murid-murid disuruh membersihkan sekolah mereka. Ramai daripada mereka yang kelihatan sungguh gembira. Ketua kelas, Ramli, akan memastikan semua murid membuat tugas mereka. Apabila guru mereka memberikan mereka tugas, Mereka sungguh gembira. Guru mereka membunyikan loceng dan mereka mula bertugas.

Sedang mereka bertugas, dua orang murid lelaki masuk ke dalam tandas. Wajah mereka kelihatan nakal. Mereka terus memasuki tandas. Murid-murid yang lain membuat tugas mereka dengan wajah yang ceria. Ramli sedang membersikan sebuah almari. Tiba-tiba, dia terasa hendak pergi ke tandas dan dia berlari terus ke tandas yang terdekat.

Apabila Ramli sampai di tandas, kasutnya basah kerana terpijak air, Ramli hairan mengapa tandas itu lecak. Ramli menjenguk ke dalam tandas itu. Dia ternampak kawan-kawannya bermain dan memancut air dan mereka basah kuyup.

Ramli terus berjumpa gurunya dan gurunya menyoal Ramli kenapa dia tercungap-cungap. Ramli jelaskan apa yang terjadi di tandas lelaki kepada gurunya.

Gurunya terus berlari ke tandas lelaki. Apabila gurunya sampai di tandas tersebut, dia memasuki tandas itu. Kedua-dua murid itu pun terperanjat. Gurunya memarahi murid-murid itu. Seorang daripada murid itu marah kerana ramli memberitahu gurunya.

Selepas itu, murid-murid itu berlari menuju ke arah ramli. Mereka memarahinya dan ramli kelihatan takut. Nasib mereka tidak begitu baik kerana pengatua berada di situ dan dia mendenda mereka. Selepas itu, mereka tidak akan menggangu ramli sekali lagi.

No comments: