Tuesday, April 8, 2008

Kempen Membersihkan Kelas

Suatu kejadian yang buruk telah terjadi di sekolah pada hari Jumaat yang lalu. Hari itu, guru telah mencadangkan untuk membersihkan kelas dan murid-murid disuruh membawa penyapu dan baldi. Mereka pun menjalankan tugas masing-masing. Salah seorang daripada murid di kelas, bernama Haikal, mengajak kawan karibnya, Khairil untuk bermain air di tandas sekolah. Khairil pun mengikutinya.

Mereka tidak berhenti-henti bermain dan memancutkan air di seluruh tandas. Malangnya, sedang mereka bermain air,ketua kelas, Salim, ternampak kejadian tersebut. Dia berasa terperanjat dan kecewa apabila ternampak mereka bermain air. Salim pun berlalu pergi dan memberitahu gurunya apa yang telah terjadi.

Gurunya itu pun memanggil mereka lalu memarahi kerana perbuatan mereka itu kurang baik. Khairil menangis teresak-esak dan berasa kesal atas kesilapannya. Haikal pula berasa geram dan kelihatan sangat marah dengan Salim. Keesokan harinya, sedang Salim makan di kantin, Haikal berdiri di sebelahnya. Haikal masih berasa geram tentang kejadian yang berlaku hari itu. Haikal mengangkat tangannya dan hendak berlawan dengan Salim. Salim bernasib baik kerana ketika itu, guru ternampak kejadian tersebut. Sejak hari itu, Haikal tidak berani untuk membalas dendam dengan Salim. Salim juga telah pelajari yang membalas dendam bukan penyeselaian bagi apa-apa masalah.

No comments: