Tuesday, April 8, 2008

Kempen Membersihkan Bilik Darjah

Dua minggu lepas, murid-murid di kelas A2 disuruh membersihkan kelas mereka. Guru kelas A2 telah memberitahu murid-muridnya untuk membawa baldi ke sekolah. Murid-murid kelas A2 tidak sabar untuk membersihkan kelas. Mereka suka menolong guru-guru membersihkan sekolah.

Dua budak lelaki yang bernama Adil dan Ahmad bercadang untuk bermain di tandas. Mereka adalah murid-murid yang paling nakal di kelas mereka. Mereka bergegas ke tandas supaya tiada guru akan melihat mereka. Adil dan Ahmad mancampak baldi mereka ke lantai. Mereka memancut-mancut air hingga seluruh tandas itu basah. Ketua kelas A2 ternampak Adil dan Ahmad bermain air di tandas dan terus memberitahu gurunya.

Guru kelas A2 bergegas ke tandas dengan muka yang marah. Setelah mendengar suara guru mereka, Adil dan Ahmad terus berlari ke arah pintu. Guru mereka sedang menunggu mereka di hadapan tandas. Adil dan Ahmad pun dimarahi guru mereka. Ahamd berasa bersalah di atas kelakuannya, tetapi Adil berasa marah terhadap ketua kelasnya,Ali. Ali berasa sunguh takut apabila melihat muka Adil. Adil dan Ahmad juga didenda kerana telah mengotorkan tandas sekolah. Mereka disuruh bersihkan semua tandas di sekolah mereka.

No comments: