Friday, March 28, 2008

Mempunyai Rakan Itu Penting

Saya rasa mempunyai rakan itu penting juga. Tetapi, jika ada perbaikkannya, pasti ada buruknya. Mari saya memberitahu apa baiknya dan buruknya mempunyai rakan-rakan.

Baiknya mempunyai rakan adalah kamu boleh memberitahu mereka masalah-masalah yang kamu hadapi. Kadang-kala, kami memberitahu keluarga kami tetapi itu amat jarang kerana ada orang yang tidak mempunyai adik-beradik. Jika mereka memberitahu ibubapa, ada yang tidak memahami masalah-masalah anak-anaknya. Selain daripada itu, jika kami berasa sedih atau bosan, kami boleh menelefon atau bermain bersama-sama rakan-rakan kami.

Buruknya mempunyai rakan adalah kadang-kala mereka melibatkan kami ke dalam situasi yang buruk seperti merokok, mencuri, minum minuman arak dan lain-lain lagi. Selain itu, ada rakan yang tidak boleh dipercayai dan jika kami memberitahu mereka rahsia kami yang tidak boleh diberitahu oleh orang-orang lain, mereka akan mengkhianati kami dan manyampaikan rahsia-rahsia kami kepada orang lain. Ini boleh menambahkan stres kami dan kami akan berasa malu.

Ini sahajalah yang saya harus bicangkan. Sekian terima kasih.

No comments: