Friday, March 28, 2008

Mempunyai rakan itu penting.

Saya rasa mempunyai rakan itu penting kerana tanpa rakan, kami akan kesunyian. Jikalau kami ada masalah, kami boleh bercakap dengan rakan kami kerana ada daripada mereka yang lebih selesa bercakap dengan rakan mereka daripada ibubapa mereka.

Dalam masa yang sama, saya juga berasa bahawa rakan itu tidak penting untuk kita kerana mereka boleh mempengaruhi kami dengan mengajak kami menghisap dadah, merokok dan lain-lain lagi. Ada rakan yang hanya memerlukan kami apabila mereka susah tetapi apabila mereka senang, mereka tidak mempedulikan kami walaupun kami dalam keadaan susah. Ada juga rakan yang hanya berkawan untuk meminjam wang daripada kami.

Jikalau kami dalam keadaan yang susah, mereka akan segera menolong kami dan apabila mereka dalam keadaan susah, kami pula yang menolong mereka. Kami juga harus bijak memilih rakan. Kita harus memilih rakan yang akan sentiasa bersama kami di dunia dan akhirat. Sekian terima kasih.

1 comment:

Ur LIFE Is COMPLETE Wen Ur FRENS R Arnd!!! said...

Hi Nad..
Saya amat setuju dengan apa yang telah kamu katakan..Pada saya ia amat benar sekali..Penggunaan bahasa yang baik..