Friday, March 28, 2008

Mempunyai rakan itu penting..

Mempunyai rakan itu penting bagi saya tetapi mempunyai rakan itu ada baik dan buruknya..Ada rakan yang baik dan ada pula yang boleh mempengaruhi kami..Tetapi saya pasti kami semua sudah cukup dewasa untuk membezakan yang baik dan yang buruk..

Pada pendapat saya mempunyai rakan itu penting kerana kami boleh meluahkan masalah-masalah kami bersama mereka kerana kadang kala ibubapa dan adik-beradik kami tidak boleh memahami masalah-masalah yang kami hadapi..Kami juga boleh meluahkan isi hati kami kepada rakan kami.

Mempunyai rakan yang tidak boleh kami contohi juga adalah satu masalah..Kami boleh terpengaruhi oleh kelakuan mereka..Seperti,mengambil dadah,merompak,bergaduh dan lain-lain lagi...Memang pasti kami boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk tetapi, kami akan terasa terancam jikalau kami tidak melakukan apa yang disuruh..Pasti kami tidak akan melakukan kelakuan yang merosakan nama keluarga dan juga masa hadapan kami,tetapi kami akan terasa takut kehilangan rakan dan rasa kesendirian..

Saya tidak tahu sama ada hendak membangkang atau setuju dengan mauduk ini iaitu "Mempunyai rakan itu penting.." .. Nasihat saya kepada kalian yang sedang membaca sekarang,pilihlah rakan kamu dengan baik..Jangan pilih rakan yang boleh mempengaruhi kami..Malah sebaliknya...Pilihlah rakan yang boleh memberikan kami faedah..Untuk mendapatkan seorang rakan yang baik terhadap kami amat susah..Jadi kalau kamu sudah jumpa seseorang itu, jangan sia-siakan kehadirannya..

Sampai di sini sahaja...Jumpa lagi ya...

No comments: