Monday, February 4, 2008

Karangan Saya

Jam lonceng Haris berbunyi menandakan sudah pukul lapan pagi. Ibu Haris memberinya wang dan menyuruh Haris membeli sayur-sayuran di kedai. Selepas bersarapan, dia keluar rumah dan berjalan menuju ke kedai tersebut. Sedang dia mencari sayur-sayuran, dia terdengar tangisan budak yang semakin kuat. Haris pun menuju ke arah tangisan itu.

Setelah menuju ke destinasinya, Haris ternampak seorang budak perempuan yang sedang menangis teresak-esak memanggil ibunya. HAris diberitahunya yang dia telah sesat. Haris berasa sangat simpati melihatnya mengais. Dia membawanya ke pejabat polis kejiranan yang tidak jauh daripada kedai itu. Setibanya di pejabat polis itu, budak itu dikehendaki untuk memberitahu polis nombor telefon bimbit ibunya. Polis itupun menghupungi ibubapanuya.

Tidak lama kemudian, ibu budak itu pun datang. Dia kelihatan sungguh ceria. Ibunya menghampiri anaknya dan mencium-cium pipinya.Ibunya juga mengucapkan terima kasih kepada Haris kerana telah membuat pekara yang baik. Haris salam ibunya dan meneruskan perjalanannya untuk membeli barang-barang yang disuruh ibunya. Selepas itu, Haris pun pulang dengan ceria dan berasa bangga yang dia telah membuat pekara yang baik. Hari itu juga hari yang istimewa untuk Haris.

1 comment:

elicia said...

Hi Farezah! Karangan awak sangat menarik dan bagus! Harap kamu akan membuat lebih bagus dan menmarik dalam karangan seterusnya!