Sunday, February 10, 2008

Karangan Saya

Cuaca pada hari Jumaat yang lalu sungguh indah. Aku sedang bermain komputer apabila ibuku memanggilku. Aku pun terus ke dapur. Ibuku memberitahuku yang dia hendak aku ke kedai untuk beli ikan. Dengan segera, aku mengambil wang daripada ibu dan pergi ke kedai. Kedai tersebut agak dekat dengan rumahku. Aku pun sampai di kedai dalam masa lima minit. Semasa aku menghampiri tempat ikan itu, aku terbau ikan yang amat busuk.

Aku berjalan dengan pantas ke kedai itu apabila aku ternampak seorang budak perempuan menangis teresak-esak.Aku pun berjalan ke arahnya. Aku pun bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Dia pun memberitahuku yang dia sesat dan tidak tahu mana ibunya pergi. Aku berasa simpati terhadapnya dan aku ingin membantu. Kami berdua pun mencari ibu budak perempuan itu di seluruh pasar itu tetapi ibunya tidak dijumpai. Aku pun teringat ada sebuah pejabat polis kejiranan di hadapan pasar itu. Aku dengan cepat membawa perempuan itu ke sana.

Kami sampai di sana dengan cepat sekali. Aku memberitahu polis itu yang budak perempuan yang tersesat itu tidak boleh menjumpai ibunya. Polis bertanya kepada budak itu nombor telefon bimbit ibunya. Nasib baik budak itu ingat nombor telefon ibunya. Polis pun menelefon ibu perempuan itu. Dalam masa sepuluh minit, ibunya sudahpun sampai. Aku terlihat air mata ibunya mengalir di pipinya. Ibu budak perempuan itu pun mengucapkan terima kasih kepadaku.

Aku pun berasa bangga terhadap diriku tetapi aku teringat tentang ikan yang harusku beli. Aku terus berlari ke pasar untuk beli ikan itu dan pulang ke rumah. Apabila aku sampai, muka ibuku kelihatan marah tetapi aku pun memberitahunya peristiwa tadi. Aku meminta maaf kepada ibu dan dia memaafkanku.

2 comments:

Ur LIFE Is COMPLETE Wen Ur FRENS R Arnd!!! said...

HI Nabeela! Saya rasa karangan awak amat bagus dan menarik...

elicia said...

HELLO Nabeela! Karangan kamu amat menarik tetapi saya rasa awak boleh membuatnya dengan lebih bagus!