Wednesday, February 6, 2008

Karangan Saya

Aku berada di rumah bersendirian. Ibu bapaku telah ke majlis perkahwinan. Aku tidak mengikuti mereka kerana aku ada terlalu banyak kerja rumah. Aku memulakan dengan karangan yang diberikan oleh Cikgu Hanim. Sedang aku melihat gambar di kertas, aku teringat tentang situasi yang berlaku kepada aku. Peristiwa itu amat sama dengan gambar tersebut. Ibuku menyuruh aku pergi ke kedai untuk membeli telur, yang diperlukan untuk membuat kek. Dia memberi aku wang dan aku terus ke pasar yang berdekatan dengan blok aku.

Aku berjalan dengan pantas kerana aku tidak suka keadaan pasar yang sesak dan busuk. Namun, aku tersenyum ketika melihat ramai orang yang kelihatan ceria. Semasa aku berjalan ke gerai menjual telur, aku terdenger tangisan yang agar perlahan. Aku mengikuti suara itu dan suara itu membawaku ke seorang budak perempuan. Dia sedang menangis teresak-esak. Ketika aku bertanya mengapa dia menangis, dia berkata bahawa dia sesat. Keadaan yang sesak telah menyebabkannya sesat dan dia tidak dapat berjumpa ibu bapanya. Aku berasa simpati lalu membawanya ke pejabat polis kejiranan.

Aku memberitahu polis apa yang berlaku kepada budak perempuan itu. Polis itu lalu menghubungi ibu bapanya. Ibunya, datang untuk mengambil anaknya dan berterima kasih kepadaku.

Aku pulang dengan perasaan gembira dan bangga. Ketika aku sampai rumah, ibu aku meminta telur yang aku terlupa. Aku memberitahunya semua yang berlaku dan dia memahami lalu memaafkanku. 'Oi!' Aku terdengar bapaku dan membuka mata. Rupanya, aku sedang bermimpi...

2 comments:

Ur LIFE Is COMPLETE Wen Ur FRENS R Arnd!!! said...

Hi Nadia!!! Karangan awak amat menarik dan bagus sekali.. Good use of teknik imbas balik...

elicia said...

Hi! Karangan awak sunnguh menarik dan teknik imbas kembali yang kamu gunakan sangat bagus.