Saturday, February 9, 2008

Karangan Saya

Cuaca hari itu sungguh cerah. Farid sedang menonton televisyen. Ibunya sedang memasak sarapan untuk Farid. Selepas selesai, ibunya memanggil Farid untuk makan. Selspas makan ibunya menyuruh Farid untuk membeli barang-barang untuk masak malam nanti. Farid pun terus mengambil duit daripada ibunya dan terus lari menuju ke pasar.

Apabila Farid tiba di pasar, wajah Farid sungguh cerah dan dia tidak sabar untuk membeli barang yang ibunya perlukan. Farid terus menuju ke kedai yang menjual sayur-sayuran. Farid berjalan sambil menghidu udara yang segar itu dan dia tidak perasan yang dia sudah terlepas kedai yang dicarinya. Tiba-tiba, dia ternampak seorang budak perempuan di hadapannya sedang menangis.

Farid simpati dengan budak yang menangis itu. Farid membawanya ke pejabat Polis.

Beberapa jam kemudian, seorang wanita masuk ke balai polis itu. Dia memberitahu yang dia adalah ibu budak kecil itu. Dia pun mendukung anaknya dan mengucapkan terima kasih kepada Farid.

Farid berasa bangga kerana menolong ibu budak kacil itu. Farid menuju ke kedai tersebut. Dia terus membeli barang-barang yang diperlukan ibunya. Selepas itu dia terus pulang ke rumah dan memberitahu ibunya apa yang terjadi.

1 comment:

Ur LIFE Is COMPLETE Wen Ur FRENS R Arnd!!! said...

Terima kasih atas komen awak untuk karangan saya.Saya rasa karangan awak pun bagus...