Monday, February 4, 2008

Kebaikkan yang pernah aku lakukan....

Cuaca pada hari itu sangat cerah. Aku menonton rancangan kegemaranku di televisen. Ibuku sedang memasak di dapur. Ibuku memasak lauk kegemaranku iaitu kari ikan. Sedang ibu memasak, dia sedar bahawa daun karinya sudah habis. Dia pun menyuruhku pergi ke kedai untuk membeli daun kari. Ibu memberiku empat dolar. Aku pun turun ke kedai untuk membelikan ibu daun kari.

Aku tiba di pasar dengan senang hati. Aku menuju ke kedai Pak Samat untuk membeli daun kari. Sedang aku memilih daun kari, aku terdengar suara seorang budak perempuan menangis teresak-esak. Aku pun mengikuti suara itu. Aku dapati bahawa seorang budak perempuan telah sesat. Aku berasa simpati melihatnya memanggil-manggil nama ibunya. Aku ingin membantu budak itu tetapi aku tidak tahu bagaimanakah caranya.

Aku berjalan dengannya untuk mencari ibubapanya. Tiba-tiba, aku teringat akan kejadian semasa aku sesat. Aku pun membawanya ke pejabat polis kejiranan. Polis itu cuba menghubungi ibubapa budak perempuan itu. Beberapa minit kemudian, ibu budak perempuan itu datang. Dia sudah puas mencari anaknya di estet kejiranan itu. Dia rasa gembira kerana anaknya tidak cedera. Dia mengucapkan terima kasih kepadaku dan polis. Aku pulang dengan hati yang gembira. Setibanya di rumah, aku dimarahi ibu kerana pulang lewat dengan tangan kosong. Aku memberitahu ibu kejadian tadi. Walaupun aku disuruh ke kedai sekali lagi, aku berasa senang hati kerana aku telah menolong seorang budak hari ini.


1 comment:

elicia said...

Hi! Karangan awak sangat bagus dan menarik sekali!