Saturday, February 9, 2008

Karangan Saya

Cuaca di luar sungguh panas.Ibu Hady baharu teringat bahawa
hari ini adalah hari perkahwinan mereka yang kedua puluh-empat .Ibu bercadang
untuk membuat kek perisa coklat dan vanila,iaitu kek kegemaran ibu dan ayah Hady.
Ibu terlupa untuk membeli gula dan tepung.Ibu menyuruh Hady untuk ke pasar.Ibu
telah memberinya wang sebanyak lima dolar.Setibanya di pasar,terdapat ramai orang
yang sedang membeli-belah.

Hady berjalan dengan senang hati sambil bersiul-siul.Tiba-tiba
dia terdengar bunyitangisan anak kecil.Dia mengikuti tangisan itu.Hady ternampak
budak perempuan itu menangis teresak-esak.Budak perempuan itu menangis sambil
memekik.Hady bertanya kepada budak itu namanya.Namanya,Lylia Natasha.Dia
ditinggalkan ayah dan ibunya.

Hady sedih dan kasihankan Lylia.Dia telah membawa Lylia ke pejabat
polis kejiranan.Lylia masih menangis.Pegawai itu telah membuat pengumuman.Selepas
beberapa saat,seorang wanita datang dengan mukanya kelihatan sedih dan gelisah.
Apabila dia melihat Lylia dia langsung memeluknya dan menangis teresak-esak.Lylia
kelihatan gembira.Wanita itu lalu pergi.Hady berjalan pulang dengan gembira.Wanita
itu baharu sedar bahawa dia belum mengucapkan terima kasih.Dia mengejar Hady sampai
ke rumah.Wanita itu terdengar Hady sedang dimarahi ibunya.Setelah wanita itu
menceritakan apa yang terjadi,ibunya bangga akannya.

1 comment:

elicia said...

Hi! Karangan kamu sangat bagus sekali!