Sunday, February 10, 2008

Karangan Saya....

Sinaran matahari terpancar di kaca tingkap bilikku. Aku sedang khusyuk membaca bukuku apabila ibuku memanggilku. Aku dengan segera menuju ke arah dapur. Ibuku sedang menunggu aku di hadapan pintu pagar rumahku. Aku disuruhnya untuk ke pasar. Dengan senang hati, aku mengambil wang daripadanya dan keluar menuju ke destinasiku. Aku tiba di pasar dengan muka yang ceria untuk membeli barang-barangyang diperlukan oleh ibuku.

Aku berjalan keliling pasar itu dengan wajah yang ceria untuk mencari barang-barang yang diperlukan oleh ibuku. Semasa aku berjalan keliling pasar itu, aku terkihat berbagai barang yang dijual dan juga berbagai ekspresi di wajah-wajah pembeli dan juga penjual. Setibanya aku di hadapan gerai yang arus aku pergi, telingaku terdengar suara orang sedang menangis. Aku mengikuti suara tangisan itu dan langkaku terhenti seketika. Mataku terlihat seorang budak yang sedang menangis teresak-esak di hadapan sebuah gerai. Aku berasa simpati melihat dia seorang diri. Aku tidak sampai hati hendak membiarkan budak itu seorangan. Jadi, aku membawanya ke pejabat polis yang berdekatan dengan pasar itu.

Kedatangan aku dan budak itu disambut dengan ceria oleh pegawai polis yang sedang bertugas pada hari itu. Setelah melihat keadaan pejabat polis itu, barulah aku memberitahu segala maklumat yang aku tahu kepada pegawai polis yang peramah itu. Dia juga bertanya beberapa soalan kepada budak itu. Setelah selesai menyoal budak itu, dia masuk ke sebuah bilik dan menelefon nombor yang diberikan oleh budak itu. Beberapa minit kemudian, seorang wanita dalam usia 30-an datang dengan wajah berkerut-kerut. Wajahnya kelihatan bimbang dan juga sedih. Dia dengan segera memeluk anaknya. Dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada aku dan juga pegawai polis itu.

6 comments:

~SyaZwAni~ said...

Saya suka akan karangan kamu...Bahasa yang kamu gunakan sungguh bagus...KEEP UP THE GOOD WERK...

shafeeqa said...

kamu menggunakan bahasa baku yang bagus.

elicia said...

Hi! Saya suka akan bahasa yang kamu gunakan dan karangan kamu sungguh bagus dan menarik!

Qistina said...

Hi Hasikin! Karangan kamu sungguh menarik dan bagus! Bahasa yang digunakan sangat baik dan baku! KEEP UP THE GOOD WORK! ^_^

$FaRhAnAh$ said...

karangan kamu menarik dan bahasa kamu baik sekali.

shafeeqa said...

sama-sama hasikin saya rasa awak layak pergi ke sekolah yang bagus...