Tuesday, February 5, 2008

Kebaikkan yang aku telah melakukan...

Kicauan burung membuatku bangun daripada tidurku. Bau masakan ibuku membuatku sungguh lapar. Aku terus keluar dari bilikku dan ke dapur untuk melihat apa yang sedang dimasak ibuku. Ibuku sedang memasak ikan masak kari! Hurrah! Kari adalah makanan kegemaranku. Ibu ternampakku berdiri di pintu dapur lalu memarahiku kerana belum lagi mandi padahal hari sudah tengah hari. Selepas aku keluar dari bilik mandi, ibu terus memberiku wang untuk membeli sayur-sayuran di pasar.

Aku dengan senang hati mengambil wang tersebut daripada ibu. Aku terus melangkah keluar dari rumah dan menuju ke pasar yang berdekatan dengan rumahku itu. Apabila aku tiba di pasar, aku terus ke gerai sayur-sayuran. Tiba-tiba, aku tedengar seorang budak perempuan menangis dengan kuat. Aku berasa bingung. " Mengapakah budak perempuan itu manangis?" aku bertanya sendiri. Dia lalu berkata yang dia tersesat dan tidak dapat menjumpai ibunya. Aku berasa simpati lalu memujuknya. Aku membawanya ke pejabat polis kejiranan untuk melaporkan perkara tersebut supaya dia boleh menjumpai ibunya lagi.

Apabila aku tiba di pejabat polis tersebut, polis bertanya beberapa soalan kepada budak perempuan itu. Satu daripada soalan yang ditanya oleh pegawai polis tersebut adalah nombor telefon rumahnya itu. Polis lalu menghubungi ibunya. Kemudian, seorang wanita berumur dalam lingkungan tiga puluhan memasuki pejabat polis itu. Dia memanggil nama anaknya dan berlari menghampiri kami. Dia juga mengucapkan terima kasih kepadaku kerana telah menjumpai cahaya matanya, Isabella. Apabila tiba di rumah, ibu bertanya mengapa aku mengambil masa yang lama tetapi tidak mambawa apa-apa yang diminta ibu. Aku memberitahu perkara yang sebenar dan ibu amat bangga dengan kelakuanku.

1 comment:

elicia said...

Hi! Karangan kamu sangat bagus dan menarik sekali!